Tarikh : 22 Disember 2012
Lokasi : di No 260,BSG 10, Susuran Stargate, Lebuhraya Sultan Abdul Halim 05400 Alor Setar, Kedah.
Coordinate: N06° 04.632 E100° 22.079
Bandar baru Stargate terletak berhampiran dengan Tol Alor Setar Selatan. Ada Pasaraya Tesco dan Kampus Kolej Universiti Islam Negeri Kedah (KUIN = Insaniah). Ini menjadikan kawasan ini semakin berkembang. Kedai-kedai perniagaan semakin tumbuh, orangr amai mula mengunjungi kawasan ini. Kesempatan ini diambil oleh Puan Aniza dan suaminya Kifly untuk membuka perniagaan makanan ala arab. Kedai mereka dikenali sebagai ‘Stargate Arabic Foods’ dan mula dibuka pada 22 Mei 2012, beroperasi dari jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam. ( Mulai tahun 2013, kedai mereka akan ditutup pada setiap hari Jumaat.)
Hidangan yang disajikan adalah makanan Arab terdiri dari Nasi Mandi Ayam/Kambing, nasi Kabsah Ayam/Kambing, Biryani, Nasi mandi mozah, Sup Mozah, macaroni, sandwich , roti arab syammi dengan luqdah ayam/kambing/daging kisar/hati ayam, kacang ful, hummus dan sebagainya. Seperti biasa pilihanku adalah nasi mandhi ayam dan kambing yang dihidangkan dengan sup, sayuran dan chili yang sedikit pedas (mungkin menyesuaikan dengan selera kita).
Dengan adanya restoran ini, maka ia menjadi antara pilihan untuk aku dan pelanggan menikmati hidangan ala arab di sekitar Alor Setar ini.
Sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah hubungi : 017-566 3858 – Puan Aniza Binti Adnan
Catatan Restoran Makanan Arab Di Alor Setar yang lain: (Sila KLIK link)
Lokasi Restoran ini berdekatan Tesco Stargate
mandhi ayam..Nohaih! ayam sebelah tu
Mandhi kambing
Roti Syammi dan Uqdah daging kisar
No comments:
Post a Comment