Thursday, December 13, 2012

Restoran Haji Sharin Low Grand: Makanan Cina Muslim Di Jitra

IMG_3760

Tarikh  :  12 Disember 2012 
Lokasi  :  di No. 2 & 3, Jalan PJ3, Pekan Jitra 3, 06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Coordinate: N06° 15.700 E100° 25.115

Ingin mencuba masakan ala cina yang halal di utara ini? Anda boleh mencubanya di Restoran Haji Sharin Low Grand yang terletak berhampiran Pasaraya Aneka, Jitra Kedah. Ianya merupakan restoran cina Muslim yang pertama di Kedah dan merupakan cawangan yang ke 8 yang dibuka di seluruh Malaysia. Mula dibuka pada penghujung bulan April 2012 lalu. Restoran ini dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam dan boleh menampung sehingga 100 orang pada suatu masa.

Anda boleh mencuba masakan istimewanya iaitu butter prawn, steam fish ala cina, marmite chicken dan lakshi crab yang merupakan resepi tradisi Tuan Haji Shahrin Low. ATAU nikmatilah hidangan itik panggang yang halal tanpa was-was (biasanya hidangan itik panggang menjadi kegemaran golongan cina). Terdapat lebih dari 190 menu  untuk pelanggan menikmatinya disamping pelbagai minuman dengan harga yang berpatutan. Masakan disediakan adalah 100% masakan cina muslim yang berasal dari Selatan China. Aku sempat menjenguk ke dapurnya dan melihat beberapa pekerjanya adalah terdiri dari bangsa cina muslim dan hidangan yang aku pesan tiba dengan cepat sekali (Tak perlu ‘melengung’ lama-lama).

Haji Sharin yang telah lama memeluk islam juga merupakan ahli jawatankuasa Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Operasi Restoran ini di Jitra dikendalikan oleh pengurusnya iaitu En. Abu Daud Bin Abu Nasir. Segala pesanan boleh dibuat dengan menghubunginya di No. Tel: 019-506 5723/019- 463 7642 – Azmi

Restoran Hj Sharin

Lokasi ke Restoran ( Cari Pasaraya Aneka dahulu)

IMG_3751-horz

Antara menu yang ada

IMG_3763

Nasi Ayam Black Paper

IMG_3764

Nasi Udang Kong Pau

IMG_3765

Pengurus Restoran: En. Abu Daud – 019-506 5723

Lagi gambar masakan boleh layan di FACEBOOKNYA di bangi

1 comment:

  1. Saya pernah 2-3 kali makan di sini. Biasa makan ayam kong pau. Kesukaan saya. Harga dan rasa memuaskan hati.

    ReplyDelete