Tarikh : 07 Disember 2012
Lokasi : Persiaran Pantai Seberang Kota, Kedah.
Coordinate: N06° 06.623 E100° 16.838
Mahu menyaksikan keindahan panorama indah matahari terbenam di hujung dunia sambil menikmati juadah yang lazat ? Datanglah ke Restoran Anjung Kuala yang terletak berdekatan dengan Kota Kuala Kedah/marina Kuala Kedah (Binaan ala castle).
Restoran yang dimiliki oleh Tuan Haji Harun bin Khamis (Towkay Restoran Ulam, Shahab Perdana, Alor Setar) yang dibuka setiap hari dari jam 4.00 petang hingga 12 tengah malam. Restoran ini pernah menjadi lokasi permulaan/Tamat ‘Kayuhan Mesra Bersama YB. Nasir Mustafa’ (MTB Fun Ride 2012) pada 23 Jun 2012.
Menghidangkan masakan ala melayu, siam dan ala barat. Anda boleh mencuba ikan bakar 3 rasa, mee udang, sotong goreng tepung yang menjadi keistimewaan dan pilihan pengunjung. Dengan harga yang berpatutan (ikan/udang sotong segar berdasarkan saiz) disamping rasa yang tak kurang hebat. Restoran ini terletak ditepi pantai dan bangunan utamanya dibina di atas air. Ruang yang terbuka dan agak luas, maka dapat menikmati tiupan angin pantai . Ianya dapat menempatkan lebih dari 100 orang pelanggan pada satu-satu masa. Kemudahan asas siap terbina seperti parkir, surau dan tandas.
Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi 019-430 1888 - En. Nazim
Menikmati panorama Mentari terbenam
Restoran terapung?
Ruang makan yang luas dan selesa
Menjamu selera ketika senja
Udang
Ikan bakar 3 rasa
Parkir/kawasan yang luas dan surau tersedia
Pernah sekali try...insyaalah x pi dah...makanan sangat2 x sedap..
ReplyDeleteHah?p skali pastu x mau p dah?sbb tsangat sdap noh
Delete