Tarikh : Selasa, 25 Disember 2012
Lokasi : Pak Bara, Tambon Pak Nam, Amphoe La-ngu, Satun, Thailand
Coordinate: N06° 51.058 E99° 43.976
Sempena penghujung cuti ini aku membawa keluargaku untuk Trip (2S) ke Selatan Thailand (Satun/Songkhla). Masuk ke Thailand melalui pintu sempadan Wang Kelian untuk mengelak kesesakkan pelancong terutama pada hari cuti perayaan ini
Kunjungan pertama kami adalah ke Thale Ban National Park yang merupakan kawasan hutan simpanan yang bersempadanan dengan Malaysia (hanya 3.9km dari pintu masuk sempadan). Diistiharkan sebagai National Park yang ke 20 di Thailand dalam bulan Oktober 1980. Taman ini seluas 196 km2 dan terletak di lembah yang terjadi akibat perubahan rupa bumi(terbenam) jutaan tahun lalu dan kemudian menuju ke pantai Pak Bara yang jaraknya sekitar 80km dari Wang Kelian. Di sini kami singgah ke Gerai Nabila untuk menikmati makanan tengahari. Masalah utama di sini adalah komunikasi lisan (majoriti penduduk Satun adalah melayu dan beragama islam), mereka tidak dapat berbahasa melayu(Kecuali dibeberapa tempat). Disini sempat merasai beberapa hidangan istimewa yang sangat lazat seperti Kensom, Sontam, daging bakar, kerabu sotong dan lain-lain lagi dan yang istimewanya dapat merasai belangkas bakar. Aku memang tidak pernah memakannya ( cerita mengenai belangkas dalam postingku dahulu ). Bagaimana dengan rasanya ? Hmm boleh tahan sedap. isi takdak (???), telurnya yang berbiji dan ditambah dengan salad @ kerabu bagi menaikkan lagi rasa dan aromanya.
Jika berminat untuk mengunjungi Taman Laut Tarutao (untuk ke Koh Lipe, Koh Adang, Koh Rawi & Koh Tarutao), pengunjung boleh menaiki feri di Jeti Pak Bara (maklumat tambahan BACA catatan lamaku DISINI)
Sesungguhnya Satun kaya dengan makanan traditional melayu dan istimewa. Makanan laut yang mewah dengan harga yang berpatutan. Jika ingin menikmati juadah yang sedap, datanglah ke sini.
Urusan Imgiration yang mudah dan lancar
Mungkin permulaan Jarak di sini
Santai di pantai
Wow ! … Dok tunggu makanan lain lagi tak sampai
Tudia .. Belangkas Bakar. Harganya THB400 tapi berbaloi untuk makan.
No comments:
Post a Comment