Translator

Wednesday, August 25, 2010

BELANGKAS: SATU POTENSI



Tempat: Kuala Sungai Baru   - ronda-ronda sebelum berbuka 
 
Terjumpa species ini yang dikenali sebagai Belangkas, juga dikenali sebagai Horseshoe Crab. Nama saintifiknya ialah tachypleus gigas(pinggir pantai)/carcinoscorpius rotundicauda(kawasan paya). Penulis kerap juga berjumpa dgn spesies ini yg ditangkap oleh penduduk tempatan semasa mengikuti rakan  memancing semilang di Kuala Tunjang dan Kuala Jerlun pada zaman kanak-kanak  dahulu.  

Macamana nak masak: Mudah jer bakar atau rebus sahaja. Kalau nak rasa best lagi jom kita pi Pak Bara selepas Raya nanti. Sebelah Setoi dan Songkla , hidangan Belangkas Istimewa ada disediakan. Di Malaysia masakan istimewa asam pedasnya ada di sajikan di beberapa restoren di sekitar Kota Tinggi



HARGANYA RM6.00 SEEKOR . TUDIAAA DEKAT SEKATI SEKOQ


Baru-baru ini Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat penemuan yg membuktikan kulit belangkas mempunyai khasiat chitosan. Chitosan yg dihasilkan dari kulitnya itu adalah yang terbaik kerana ia dapat menghasilkan bahan itu pada kadar lebih tinggi serta kandungan abu yang rendah. 

Belangkas juga mempunyai keunikkannya iaitu sekiranya mana-mana anggotanya yang putus, ianya  boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem imun yang menakjubkan.

 Darah belangkas, yang mengandungi bahan yang boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan. Ada dimaklumkan bahawa darah Belangkas yg berwarna biru itu mampu mencecah harga sehingga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat.

 
Jum Kita makan Belangkas dan ambik Kulit dan darahnya

1 comment:

  1. salam...kat mana nak cari belangkas ni kat area kedah..sy duk sp...nak pi capture gmbr...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...