Terlebih dahulu tidak terlewat untuk penulis ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam semoga beroleh keberkatan di bulan mulia ini
Dibulan puasa ini tidak ada cerita-cerita mengenai basikal. Penulis terpaksa berehat secukupnya selepas pembedahan tempohari. Mungkin ada hikmahnya, bonsai penulis(± 150 pohon ) kini boleh diberi tumpuan sepenuhnya.
Permulaan puasa, penulis akan balik berbuka bersama ibubapa di Ayer Hitam, Kedah. Selalunya bila balik ke sana penulis akan ke Bazar Ramadhan di Kuala Perlis kerana ada banyak pilihan kuih-kuih dan makanan ala Siam dari Setoi dijual disana.
Pada permulaan Ramadhan ni tidak ku jumpa kuih seperti dibawah ini(gambar tahun lepas)
Labu sekaya - Buah labu akan ditebuk dan dibubuh 'sekaya'(puding) dan dikukus ..sedap jugak ni
Kuih pelangi(dah translate ke Melayu), bila dibeli gula akan ditabur di atas kuih tersebut.
Bengkang kacang/kacang hijau
Otak-otak ala Siam
yang ni salad kegemaranku: Somtam dan kerabu pelam
Selepas raya nanti, insyaalah program kayuhan ke Pak Bara akan diatur. Menikmati keenakan makanan Setoi dan layan pemandangan.
No comments:
Post a Comment