Sunday, August 29, 2010

Ke Arah Kedah Jamboree 2010: Mesyuarat & Moreh


Tarikh: Jumaat 27 Ogos 2010, 17 Ramadhan 1431
Jam: 10.30 Malam
Lokasi: Singgahan Sabrina, Titi Gajah

Kehadiran: Pudin, Adi, Nasrun, Saifulazman(Man Bank Rakyat), Zamzuri Refal(ZAM KBS) ,ALAN KBS, Zulkifli Bank Rakyat, Ridhuan(WAN BLITZ) dan Geng Alor Setar Street Bike

Bulan Ramadhan bukanlah halangan utk melaksanakan aktiviti. Tak boleh kayuh siang ada rakan yg melakukannya di malam hari, bahkan Gunung Jerai pun di daki mereka. Untuk makluman tuan/puan, sempena HARI KEBANGSAAN pada hari Selasa 31 Ogos nanti, satu program kayuhan utk merayakannya di adakan. Yang berminat sila tunggu di kaki gunung Jerai jam 11.00 malam 30 Ogos 2010. Penulis ...hmm tengok saja la - tak boleh kayuh lagiii

Begitu juga dgn perlaksanaan Kedah Jamboree 2010(KJ'10) perbincangan  tetap di adakan utk memanaskan suasana dan juga bagi mengenalpasti 'tindakan perlu'. Homestay kepunyaan Puan Zakiah di Titi Gajah, Alor Setar telah menjadi markas utk aktiviti KJ'10 sehinggalah ianya menjelang tiba. Ianya bermula pada 21 Ogos lalu. Tuan rumah juga telah berbesar hati menyediakan MOREH utk santapan pasukan pelaksana ini. 

Beberapa isu telah diperbincangkan:-

KEWANGAN
PROMOSI & PENDAFTARAN
TEKNIKAL TEAM

Mountain Bike Jamboree of the North – 13 November 2010 (closing date: 30 Sept 2010)

No comments:

Post a Comment