Wednesday, September 01, 2010

ZIARAH RAMADHAN: Kemalangan di Jerai

Tarikh: 31 Ogos 2010

Jam: 11.00 pm

Lokasi: Kampung Tanjung Musang, Langgar, Kedah

Seramai 5 orang team Gerek Baru(Zn. Pudin, Senu, Art TT Besi dan Ust Raja) telah mengunjungi saudara Azhar Bin Abdullah (ART Public Bank) yang telah mengalami kecederaan patah tulang bahunya(colar bone).

Pada jam 12.30am. saudara Tandope dan Azizul menyusul tiba menziarahinya.

Saudara Azhar Bin Abdullah adalah antara 21 orang rider yg mendaki Gunung Jerai pada malam menjelang 31 Ogos 2010 tempohari. Semasa penurunannya, di satu selekoh, beliau telah terlanggar lopak bekas laluan air hingga menyebabkan beliau terjatuh dan mengakibatkan 'colar bone' nya patah.  

Beliau juga menyatakan bahawa helmetnya sedikit sebanyak memberi  perlindungan hentakan ketika jatuh. Oleh itu semua rider.. JANGAN MEMANDANG RINGAN ASPEK KESELAMATAN SEMASA TUNGGANGAN. 

Didoakan semoga beliau cepat sembuh dan kunjungan sebegini hendaklah sentiasa diamalkan demi mengeratkan silaturahim sesama rider.

1 comment:

  1. moga cepat sembuh.. takpa nanti tulang jadi lagi kuat. :-)

    ReplyDelete