Translator

Wednesday, September 29, 2010

Bukit Tunjang: Satu Explorasi

Tarikh: Sabtu – 26/09/2010

Laluan: Bukit Tunjang

Latitude. 6.3°, Longitude. 100.3833333°

Rider: Ustaz Raja, Zn & Pudin

Bukit Tunjang terkenal sbg kawasan pengeluran buah-buahan terutama durian (klon kuching tidur). Banyaklah dusun penduduk tempatan di sini, secara tidak langsung banyaklah jua laluan keluar masuk ke kawasan ini.

Zan Gerek baru pernah membuat review terhadap laluan ini. Klik sini untuk ceritanya. Hari sebelumnya, ustaz telah menjejaki laluan ini. Ternyata beliau mempunyai pengalaman di kawasan ini.(Ada dusun pa ..eloklah tu, lepas ni ada peluang makan durian). Walaupun laluannya tidaklah panjang namun pendakian kami ini hanya permulaan kpd pencarian laluan-laluan seterusnya dan mungkin akan membolehkan laluan disambungkan dan pusingan mengelilingi Bukit Tunjang ini dapat dilakukan. Insyaalah kami akan plotkannya melalui GPS.

Dari Melele ke Padang Perahu untuk memulakan pendakiannya

Memasuki kawasan dusun

Ustaz Raja dok usha kot2 ada buah durian luruh tu

Penurunan ke arah Bemban

Melewati kawasan kuari di Tunjang

Dah nak sampai , Zn dok nampak beberapa bukit dan laluan yg boleh diterokai, Taruh hari lain la pulak!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...