Tarikh: Sabtu – 26/09/2010
Laluan: Kg. Pulau Pisang – Tunjang - Melele – Gua Kerbau – Kodiang – Arau
Jarak : 58km
Mula 8.30am
Pot Mula: Rumah Ustaz Raja, Kg. Pulau Pisang, Tunjang
Rider: 4 orang jer! - Ustaz Raja, Zn, Rizal & Pudin
Kayuhan hari ini adalah satu persedian ke arah kayuhan 2 negara. Matlamat utama ialah utk mendaki Bukit Tunjang. Entah macamana( mungkin semangat nak pi Pak Bara kot), maka haluan kami di talakan ke Arau sambil nak pekena nasi dagang & nasi kerabu di stesyen keretapi Arau. Masing2 hampa apabila kedainya itu di tutup. Walaubagaimanapun perjalanan ini sungguh enjoy dgn melalui laluan tepian sungai yg cantik dan sahabat-sahabat yg turut meraikan kami.
Mungkin perjalanan kami ini sebagai satu cubaan pertama selepas Ramadhan utk melangkah lebih jauh lagi ke negara Gajah Puteh kelak sambil mempersiapkan diri masing-masing.
Perancangan kami ialah:-
1. Kayuhan Ke Padang Besar/Kuala Perlis – Tarikh: Minggu kedua bulan Oktober
2. Kayuhan Ke Pak Bara, Thailand – Tarikh : 5 – 7 November 2010
Apapun tunggu pengumuman lanjut dari kami sedikit masa lagi..
Pot Mula dari rumah Ustaz Raja
Mana Arahan? Zn dah bagi signal kepala awai lagi
Pelbagai bentuk rupabumi di lalui
Ni tempat Ustaz ngajar.. nama sekolah tu .errr.. baca sendiri lah no
Singgah di Gua Kerbau .. Alaa hari ni ramai betoi la pengunjung. Ada adik-adik dari Kolej Matrikulasi mai berlatih kayak
Yang ni pulak adik-adik Uitm Arau mai berekpedisi berbasikal sambil berkhemah disini
Yang ni abang-abang dari Jitra
Hooo ..warna-warni kayuhan hari ni
Aik! Berlawanan arah. Mana nak pilih?
Ish rasa macam dok kayuh belah siam dah ni
dari kiri .. Zn, Ustaz Raja , Rizal, Hafidz dan Suhaidi
Kayuhan kami hari ini di taja oleh wakil Celcom , Mr Suhaidi(TQ..TQ..TQ) dan buat geng Melele (Trimas bebanyak kerana belanja kami makan ..alhamdulillah). Turut sama yg respon kehadiran kami brader polis, sdr Azmir. Terima kasih kerana mempunyai minat yg sama. Hafiz pun teringan nak kayuh dgn kami ni.. tapi dia masih setia bersama team Muwiranya. Amacam Hafiz ..lain kali jum join kami touring!
No comments:
Post a Comment