Translator

Thursday, September 30, 2010

KEDAH DALAM SEJARAH: Lawatan ke Makam Tunku Anom

MISI : Lawatan Ke Tempat Sejarah Di Utara Kedah

LOKASI : Makam Tunku Anom, Pulau Pisang

COORDINATES: 6° 16' 0" North, 100° 23' 0" East



Makam Tunku Anom terletak di kampung Pulau Pisang, Tunjang. Jaraknya  dari Pekan Jitra sejauh 7 km dan dari bandar raya Alor Setar pula sejauh 28 kilometer. Tidak jauh dari rumah sdr Zn Gerek Baru dan Ustaz Raja.

Tunku Anom adalah Raja Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam. Baginda adalah putera kpd Tunku Abdul Rahman dan cucunda kpd Tunku Ibrahim (Raja Limbong)

Baginda pernah dilantik sebagai ketua dalam penghantaran ufti(bunga emas) ke siam setiap tiga tahun sekali dan diberi gelaran 'Tunku Paduka Raja Jambangan' oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke 22(1804 - 1845)

Sewaktu Kedah dalam pentadbiran Siam(1821 - 1841), Tuanku Anom turut berjuang dgn mengetuai serangan gerila menentang Siam. Apabila Siam telah berundur, Sultan Ahmad Tajuddin yg ketika itu di dalam buangan di Melaka telah diberikan semula takhtanya semula.

Sebagai mengenang jasanya, Sultan Ahmad Tajuddin telah menganugerahkan Daerah Kubang Pasu yg mengandungi 24 mukim kpd baginda.

Bermula tahun 1841, tunku menjadi Raja bagi Negeri Kubang Pasu 'Darul Qiyam' yg berpusat di pulau Pisang sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1853

Makluman Tambahan boleh didapati dari blog Zn Gerek Baru KLIK Untuk  Membaca

Berhampirannya ada Homestay Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). KLIK untuk membacanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...