Isnin, 13 September 2010 – berada di Kuala Kangsar, beraya dgn emak saudara sebelah isteriku yg tinggal di Bukit Kerajaan, Kuala Kangsar. Ambil kesempatan ke rumah En. Abdul Razak Bin Zainuddin (yg kebetulan tinggal berhampiran sangat dgn rumah ibu saudaraku.) utk mendaftar ke “KAYUHAN KUALE BANDAR DIRAJA 2010” – KUALA KANGSAR MTB JAMBOREE yg akan berlangsung pada 31 Oktober 2010.
En. Razak(bekas pegawai MARA) adalah antara orang penting dalam penganjuran event ini. Dari pengamatan penulis, beliau mempunyai pengalaman yg luas dalam sukan ini. 5 buah basikal dalam rumah dan gambar-gambarnya sudah menceritakan segalanya. Rakan kayuhannya YBhg Dato’ Hassan Nawawi yg merupakan rakyat Malaysia pertama(bersama adiknya, En Mohd Ridhwan bin Abd Rahman) telah berbasikal mengelilingi dunia selama 389 hari, dgn perjalanan sejauh 26,565 km dan meliputi 18 buah negara pada tahun 2002 dan tercatat di dalam Malaysia Guinness World Record.
Dato’ Hassan mungkin akan menyertai kayuhan ini.
JOM Kayuh di KUALE JAMBOREE INI KLIK SINI
Arena Square Lembah- acara penutup/penyampaian hadiah dan juga makan tengah hari untuk para peserta disediakan disini.
Kat Lembah(berdekatan Arena Square) anda boleh menikmati Laksa Kuala Kangsar yg terkenal tu.
No comments:
Post a Comment