Tarikh: 16/09/2010, Khamis
Aktiviti: Mandi-manda, Island Hoping & Snorkling
Hari ini sepatutnya ada Mesyuarat. Pembatalannya membolehkan acara bebas dilaksanakan. Seawal pagi selepas sarapan, terus cari kolam, mandi - lebih bapak dari anaknya pulak.
Pengisian pada sebelah petangnya adalah dgn mengelilingi pulau dan aktiviti menyelam. Bayaran Perkhidmatan ‘island hoping’ ialah RM50.00/pax. Minima 10 orang. Alatan utk snorkling, jaket keselamatan termasuk dalam pakejnya.
Pada jam 3.00pm, setelah berunding dapat harga RM45.00, utk seramai 8 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.
Hentian pertama adalah di di perkampungan nelayan di kampung Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil. Hanya disinilah ada penempatan penduduk. Ada seramai hampir 1,000 orang penduduk di sini. Ada sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan, Kuaters guru, balai polis, tangki air, masjid dan kedai.
Hentian setrusnya adalah di Long Beach
Pasir Panjang dikenali dgn ‘Long Beach’(Cewah eksyen jugak depa ni) di Pulau Perhentian Kecil. Terdapat banyak chalet murah disini. Pantainya yg panjang, bersih dan cantik. Tidak hairanlah ramai pelancung barat gemar ke sini. Di sini jua anda berpeluang melihat ‘ikan kering’(Mat Salleh ler) berjemuran
Ke Telok KK utk aktiviti snorkling. Wow..air yg cukup jernih. Ikan-ikan berenang sekeliling kita, sambil memakan roti di tangan. Terumbu KArang yg cantik dgn berbagai species ikan berenang2 sekitarnya. AMARAN: jangan dok cuba ambil batu karangnya, kena tangkap – denda tak silap RM5,000.00. Tapi yg penting bukan kerana dendanya itu – hargailah dan puliharalah khazanah alam.
Tempat snorkling seterusnya adalah di ‘ Shark Point’. Disini anda akan dapat melihat ‘baby shark’ berenang di sekitar anda( setelah diperah darah ikan ). Nasib baik la dia mai yg kecik, buatnya mai jaws ..mampuih. Berenang2 bersama ikan todak, ada nemo, ada bulu babi(jaga2 jangan terpijaknya) dan lain2 spesies ikan terumbu yg cantik-cantik. Dia mai dekat macam nak boleh pegang ooo.
Berdekatan chalet kami, di Pulau Perhentian Besar ini, ada anak sungai yg mengalir dari atas bukit terus ke laut, airnya yg sungguh sejuk. Semua nelayan akan ke sini bagi mendapatkan bekalan air tawar utk kegunaan mereka di laut.
Aktiviti ini memakan masa hampir 3.5 jam
Malamnya ada BBQ .. Daging kambing, daging lembu, sotong, ayam dan ikan ..uhhh yummmyyyyyy..pencecahnyapun sedap. Banyak makanannya dan boleh makan sampai puaslah
Adik2 kat restoren ni pong comei2 dan friendly. Ada satu mamat Indon tu ..cakap, telornya dah sebijik Kelate(Ni misti makan budu punya)
No comments:
Post a Comment