Tarikh: 23/10/2010, Hari Khamis - Malam Jumaat
Jam 10.00pm
Laluan: Jitra - Kepala Batas - TTG - Alor Setar - Jira
Rider : 11 orang:
Malam ini Geng Jitra, geng Gerek Baru, Geng Banana Island, Geng Changlun dan Geng Alor Setar bermadu kasih di jalanan yg terdiri dari lelaki yg masih jantan iaitu Azizan(Zn Gerek Baru). Al Ustaz Di Raja Azrifudin, Senu yg tidak pernah jemu, Yap(Ashraf yg masih mengaji di Poli), Tandope(Tiada tandop di Changloon), Azizul(tiada buku yg tak dilakarnya), Apit, Art Titi Besi(Harapan utk menjadi pandai besi), Pudin TTG dan yg menumpang ditengah jalan Sdr Adi (yg Hari-hari Mau punya) dan seorang lagi tidak jumpa di cari.
Di malam Jumaat ini, segerombolan manusia yg matlamat mereka adalah sama, arah yg tuju jua sama. Mereka ini yg meninggalkan keselesaan di rumah mencari kenikmatan di luar dgn meletakkan punggung mereka di atas pelana lalu mendayung tanpa memperdulikan apa orang kata. Bagi mereka, yg dicari adalah nikmat kayuhan, kecergasan, kecerdasan dan ke arah cara hidup yg sihat lagi berkat.
Penulis juga berminat utk menyertai kelompok ini. Bahkan sudah hampir putus harapan kerana setelah menunggu lebih dari 45 minit di Stesyen minyak Shell Kepala Batas, tiada jua mereka menjengah. Rasanya nikmat dan nyaman di rumah sudah menggamit di hati, nyamuk dan ngantuk dirasai. Berpatah baliklah keputusan diambil, nasib terlihat lampu terpasang di rumah Art Titi Besi, menyinggahlah ke rumahnya, kebetulan beliau menyapa dan menyampai berita yg sebenar..
Penantian memang satu penyiksaan. Penguasaan maklumat adalah keutamaan kini. Oleh itu komunikasi menjadi amat penting. Semuanya terjadi kerana komunikasi yg menjadi sehala, gara-gara penulis tertinggal h/phone di pejabat, maklumat sebenar tidak diperolehi secara tepat.
Perjalanan Di Alor Setar berkesudahan di sini. Kedai Kopi Kampung Jalan Sultanah; Pak Lang punya kroni
Kena kopi kampung cicah roti mayat ..uhhhh lazatnya waktu ni
Kedai Kopi yg Hiasan dalaman dan luaran yg menarik. Bergaya !Ustaz dan Tandope di hadapan van VW yg Retro
No comments:
Post a Comment