Translator

Friday, September 03, 2010

Jejambat Jalan Langgar: Satu Nostalgia


Jejambat Jalan Langgar dibina sekitar tahun 1981/1982 dan mungkin merupakan jejambat pertama di bandar Alor Setar. Sekitar tahun tersebut penulis masih menuntut di KSAH dan dapat melihat pembinaannya, jadi banyak juga kenangan yg terpahat.

Kini, demi utk memberi laluan kpd pembangunan(Projek Landasan Keretapi Berkembar), ianya telah dirobohkan(mula kerja – 21 June 2010)

Adalah menjadi tradisi Kolej, ada kesinambungan generasi yg menuntut di KSAH. Kini anak penulis dapat pula merasai suasana projek pembinaan Jejambat baru ini. MUNGKIN SATU KEBETULAN. ……………………TAKDIR

Projek meruntuhkan dimulakan: Gambar diambil di hadapan Stesyen bas lama (tampak ke arah mendaki dan menurun jejantas)

Gambar diambil di hadapan pintu keluar kedua Kolej Sultan Abdul Hamid(KSAH)

UNTUK MAKLUMAN TUAN/PUAN. Dgn Pembinaan ini, lalulintas di bandaraya Alor Setar menjadi sesak pada waktu-waktu tertentu. Biasanya KESESAKKAN itu AKAN BERLAKU PADA JAM 7.30 PAGI DAN 2.30 PETANG(Hari tertentu). Ini kerana Keretapi akan tiba di stesyennya. Kalau di musim hari raya ni tak tau la ..camna ..

Oleh itu penulis nasihatkan pada PERANTAU yang akan pulang BERHARI RAYA elakkan keluar pada waktu tersebut atau keluarlah dgn motosikal.

3 comments:

  1. BR juga turut merasai pembinaan jejambat ini pada waktu itu 1981/82. masa tu tinggal di lorong seri, hari2 berbasikal melalui jalan itu.

    bang pudin: jejantas utk pejalan kaki manakala jejambat pula untuk kenderaan.

    ReplyDelete
  2. salam akhir ramadhan,,,
    hari kemenangan hampir tiba,,,
    maaf zahir batin,,,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...