Wednesday, August 18, 2010

Ke Arah Kedah Jamboree 2010: Mesyuarat & Tindakan

Tarikh: 17/08/2010, Selasa

Jam: 10.15am

Lokasi : Pejabat KDYMM Sultan Kedah, Wisma Darul Aman

Hadir: Dari Kiri: Sharizal, Saifulazman, Md. Nasron, Adi Hariman, Wan Bliz, Andy, En. Elmi(Setiausaha Sulit KDYMM Sultan Kedah), En. Hakimi(Pen. Setiausaha SUK), Faizel, Zam KBS dan Alan KBS (tiada dlm gambar Pudin )

Tarikh sudah diputuskan, Borang pendaftaran sudah diterbitkan, hadiahpun sudah ditentukan, hanya menanti para rider mendaftar sahaja.

Bagi yg pernah menyertai Kedah Jamboree edisi terdahulu, mungkin dapat merasai pengalamannya. Mungkin ianya bukan yg terbaik tetapi ia antara  yg menarik untuk disertai. Edisi tahun ini juga akan bermula dan tamat di Taman Tasik Darulaman, Jitra. Laluan yg akan dihidangkan akan dipelbagaikan dan yg menarik, semua rider berpeluang menikmati hadiah cabutan bertuah antaranya tiket penerbangan ke lokasi terpilih,  TV LCD, DVD player, baucer hotel, vaucer barangan tertentu dan lain-lain lagi lah. Pendek kata berbaloilah anda yg menyertai Jamboree ini.

Tapi yang penting, penganjur akan membawa satu konsep & pendekatan baru di dlm Jamboree ini(apa tu???).. semak perkembanagn semasa di laman web KJ

Pihak penganjur menghadkan penyertaan sehingga 1,000 peserta sahaja dan tarikh tutup pada 30/09/2010.

Borang dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web KEDAH JAMBOREE atau di beberapa kedai basikal sekitar Alor Setar atau klik imej borang di bawah ini. 

Jangan berlengah lagi, daftarlah sekarang !

DSCN1596

Ehh .. Serius nampak dok berbincang .. 

Klik imej di bawah  utk dapatkan borang(PDF Format)



No comments:

Post a Comment