Tarikh : Selasa 25 Disember 2012
Lokasi: Tambon Nam Phud, Langu, Satun 91110 Thailand
Coordinate: N07° 05.450 E099° 54.550
Percutian ke daerah Satun diteruskan…. Selepas menikmati makan tengahari dan lelap seketika di Pak Bara, menuju ke arah ‘Manang’ untuk menikmati deruan air terjun batukapur yang dikenali sebagai Wong Sai Thong (Bunyi cam Wong Fei Hong plak hehe). Sepanjang perjalanan hujan renyai turun dengan jalan yang sedang diperbaiki mengotorkan lagi keretaku yang sedia kotor. Nasib baik hari ini bukan musim cuti sekolah di Thailand, jadi dapat menikmati keindahan tempat ini secara lebih ‘privasi’ sambil membiarkan anak-anakku bermain air.
Cuaca yang redup membantutkan niatku untuk berkayak dan meneroka gua sekitar terutama PhuPhaPhet.
Wang Sai Thong adalah antara tempat peranginan dalam wilayah Satun. Terletak di amphoe Langu dan jaraknya ± 38 km dari Pak bara. Nikmati keunikkan air terjun batu kapur bertingkat yang berwarna emas yang menambah kecantikkannya. Air gunung yang mengalir masuk ke kolam dan teduh dinaungi oleh pokok-pokok besar. Satu tempat yang sesuai untuk berkelah dan beriadah. Kini kemudahan calet dan parkir sudah tersedia dan bagi yang minat dengan aktiviti lasak boleh mencuba kayak atau berakit (difficulty of rapids is at the Level 1-2) sambil meneroka gua disekitarnya.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :-
Nanamtok Home Stay
+668 4195 5208
+668 0714 6317
www.nanamtokhomestay.com
laluan untuk ke air terjun
air terjun batukapur bertingkat yang berwarna emas
anak-anak gembira bermain & mandi manda
No comments:
Post a Comment