Translator

Thursday, September 12, 2013

Telaga Air Panas Trong: Menjejaki Air Panas Alami dari Perut Bumi

Tarikh  :  06 September 2013, Jumaat   
Lokasi  :  Telaga Air Panas Perubatan (TAPP), Kampung Batu 9, Jalan Trong, 34850 Changkat Jering, Perak 
Coordinate : N4° 45.158 E100° 43.276

Perjalananku ke Kuala Lumpur dimanfaatkan dengan beriadah bersama keluarga. Bukan lagi masa dikejar tetapi masa diambil untuk bersama. Bersama untuk menikmati dan menghayati alam, bersama menanamkan semangat mencintai alam. Kolam air panas menjadi salah satu tumpuanku sepanjang perjalanan ke Selatan dan Telaga Air Panas di Trong, Perak adalah salah satu sasaran singgahanku. Sebenarnya sudah lamaku memendam rasa untuk ke sini. Semasa Jamboree Bukit Gantang aku sudah ternampak lokasi ini namun masa yang terbatas (ada kenduri sepupuku di Kuala Kangsar) menyebabkan aku tidak sempat singgah.

Bermula dengan mencari lokasi, mendapatkan koordinate dan memperuntukkan waktu untuk ke situ. Jam 11.00 pagi aku mengambil susur keluar (exit  146) Changkat Jering. Keluar dari tol, belok ke kanan (menuju ke Trong- Setiawan-Lumut). Lebih kurang 3.5km akan jumpa Masjid Trong Batu 9 (sebelah kanan) dan ada papan tanda ke lokasi TAPP ini  yang terletak ± 150 meter sahaja dari jalan utama(Masjid).

Agak kecewa kerana tidak dapat menikmati kehangatan merendam kaki dan badan di sini kerana kolam baru dicuci dan masih ditutup dan akan dibuka pada petang harinya.

Walaubagaimanapun aku sempat bersembang dengan cucu pemilik dan pemiliknya iaitu En. Samsudin Ahmad. Menurutnya, sumber air panas dari dalam bumi ini dikatakan sudah wujud sejak 100 tahun lalu. Ianya diwarisi kepada En. Samsudin Ahmad dari ayahnya. Beliau adalah generasi keempat selepas  Ahmad Mydin (generasi ketiga) dan  Mydin Nana Ibrahim (generasi kedua). En. Samsudin telah memajukan kawasan ini secara komersil sejak Januari 2002 lalu dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung seperti parkir yang luas dan lain-lain lagi.

Terdapat 2 telaga utama yang mengeluarkan air panas dan disalurkan ke kolam-kolam buatan seperti kolam Puteh, kolam Jepun, 5 bilik mandi tertutup, 2 bilik VIP yang boleh memuat 2 orang.  Pengunjung hanya dikenakan bayaran RM3 sejam untuk menggunakan bilik mandi: kolam biasa (RM2); bilik mandi 'VIP' (RM10 sejam) dan kolam khas (RM30 sejam) yang boleh memuatkan kira-kira 10 pelanggan pada satu masa. Beliau menambah dengan berendam di dalam air panas ini, insyaallah dapat melancarkan aliran darah serta membantu merawat beberapa penyakit terutama penyakit kulit. Wallahu a’lam.

TAPP dibuka kepada orang ramai setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 12 malam termasuk pada hari cuti kelepasan (kecuali pada cuti hari raya). Untuk tempahan dan pertanyaan bolehlah menghubungi En. Samsudin dengan menelefon 012-5040 196 atau 05-8553 990.

IMG_1801

Papantanda ditepi jalan (bertentangan masjid batu 9, Trong)

IMG_1800

En. Samsudin Ahmad – pemilik TAPP

IMG_1770

dihadapan kolam – masih belum dibuka

IMG_1794

Pandangan kawasan air panas

IMG_1777

Kolam Puteh – boleh memuat 30 orang

IMG_1778

Kolam Jepun – sesuai untuk keluarga

P9063048-horz

Bilik berendam dan pandangan dalam bilik

IMG_1775-horz

Kolam utama yang mengeluarkan air panas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...