Translator

Friday, September 20, 2013

Gua Kajang: Menikmati Keindahan Warisan Alam

_MG_5972

Tarikh : 15 September 2013, Ahad 
Lokasi : Gua Puyu, Taman Negara Thale Ban, Thailand 
Coordinate : N6° 32.390 E100° 08.306

Setoi(Satun) sudah menjadi salah satu destinasi pilihan percutianku. Selain makanan, penduduk, keindahan alam juga menjadi salah satu tarikan. Faktur sejarah dan pertalian dengan penduduk membuat aku selesa berkunjung ke sana.

Aku sukakan riadah alam, mahu mendidik anak-anak menyayangi khazanah alam maka aku mengajak mereka ke kawasan hutan bakau yang bersempadanan dengan negeri Perlis di kawasan Puyu(Puju) di Taman Negara Thailand di Sungai Kajang(Kayang).

Puju (N6° 29.999 E100° 05.998) adalah perkampungan nelayan dimana ramai penduduknya adalah dari kalangan orang Melayu Perlis. Mereka bertutur bahasa melayu pelat Perlis dan ada sesetengahnya mempunyai 2 kerakyatan. Jaraknya hanya 20 minit sahaja dari Kuala Perlis. Pernah sahabatku mengajakku ke Kajang sebelum ini melalui Kula Perlis untuk memburu pohon bebuas dan kayu hitam untuk dijadikan bonsai.

Aku sekeluarga bermalam di hotel Rin Nam, Satun (N6° 36.602 E100° 04.510). Paginya selepas sarapan kami bertolak ke Tamalang yang jaraknya hanya ±11km sahaja. Menuju ke jeti penambang (N6° 32.223 E100° 03.884) ke Puju dan mendapatkan bot panjang dengan dikenakan kos THB1500 untuk ke Kajang/Gua Puyu. Sebelum itu kami membeli dahulu bekalan makanan untuk melapik perut semasa berada di sana kerana perjalanan ke sana memgambil masa ± 2 jam.

Sungai hutan bakau ini dipulihara dengan sebaiknya oleh pihak berkuasa Thailand. Ia adalah sebahagian dari Taman Negara Thale Ban. Kami memasuki beberapa gua tembus dan juga menyusuri satu gua yang gelap. Kelihatan stalaktit yang indah yang terbentuk dari titisan air ribuan tahun lalu dan stalagmit yang terdiri diatas batu-dan dinding gua. Pemandu bot menasihati kami untuk tidak ke gua Kajang kerana perlu mendaki dan agak bahaya, banyak ular berbisa disekitar gua.

Chalet terapung dan beberapa kemudahan yang dibina sebelum ini kelihatan sudah usang dan terbiar. Sayang kerana keunikkan dan kecantikkan tempat ini tidak dijaga(mungkin tak ramai pelancung yang bertandang).

Kajang

P9153385

Di Jeti Tam Malang – Pemeriksaan imigresen disini dan bot ke Kuala Perlis dan Koh Lipe

P9153387

Di Jeti Penambang Puju

P9153390

Menaiki bot menuju muara

P9153414

Memasuki sungai bakau Kajang

_MG_5976

menghampiri salah satu gua

_MG_6004

diatas chalet terapung

_MG_6006

hasrat hati hendak berkanu apakan daya pendayung tiada

 

 

P9153424

anak-anak dan anak saudaraku

P9153427

diatas seketul batu di belakangku disebalik bukit adalah Perlis

P9153496

Tiba semula ke Jeti

P9153498

di atas pelantar pendaratan ikan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...