Translator

Tuesday, September 10, 2013

Kayuhan Antara 2 Bukit

Kayuhan berlatarkan Gunung Jerai

Tarikh  :  05 September2013
Jarak   :  ± 16 km 
Lokasi : Bukit Bubus, Junun, Kedah Darul Aman, Malaysia.
Coordinate : N5° 55.474 E100° 28.796

Setiap kali aku menuju ke arah selatan pasti aku akan memerhati laluan ‘kampung’ yang selari dengan Lebuhraya Utara Selatan sambil mencari-cari masa yang sesuai untuk mencubanya terutama pada km72 kerana di situ aku melihat ada beberapa buah bukit dan jalan yang menarik.

Hari ini aku bertekad untuk mencari sebuah bukit yang sudah ku kenalpasti dari kejauhan. Aku memulakan kayuhan dari lorong Bukit Bubus berhampiran kampung Sungai Durian. Menelusuri lorong-lorong kampung mencari bukit yang dari jauh kelihatan sudah ‘diterangkan’. Akhirnya aku dapati bukit tersebut adalah sebuah jirat cina lalu aku meneruskan kayuhan ke Bukit Langkap yang pernah aku daki bersama saudara Adihariman tempohari. Bukit ini kelihatan sedang ‘dicerahkan’ dilereng-lereng dan kakinya hingga ke puncak sebelah selatan. Memandangkan hujan yang turun semalaman, aku membatalkan pendakian ini kerana jalan yang mungkin ‘melekit’ dan licin. Aku meneruskan kayuhan menelusuri jalan  ‘ban’ sehingga ke stesyen keretapi Junun dan mencari-cari laluan untuk mendaki Bukit Junun yang dikhabarkan ada kawasan pendaratan helikopter tentera. Memandangkan masa yang agak terhad lalu aku menangguhkan pencarian ini. Sesungguhnya kayuhan ini memberi ilham kepadaku untuk merancang satu kayuhan peribadi menelusuri laluan-laluan kampung yang selari dengan Lebuhraya.

P9053037

Memulakan kayuhan dari sini

P9053023_fhdr

mendaki sebahagian bukit langkap

P9053025

Projek landasan keretapi berkembar, Diatas jejambat berlatarkan Gunung Jerai

P9053028

Berteduh seketika

P9053034

Laluan ‘belakang’ yang menarik dan cantik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...