Translator

Saturday, January 04, 2014

En. Tarek: Berkelana Melihat Dunia

Tarikh  :  03/01/2014 = 1 R’Awal 1435H - Jumaat
Rider    :  Faizal Tarihhuddin 
Lokasi  :  Jitra, Kedah Darul Aman 

En. Tarek atau Faizal Tarihhuddin (35 Tahun) adalah seorang pemuda yang gemarkan aktiviti lasak. Beliau banyak melibatkan diri dalam berbagai aktiviti ekstrem. Dalam dunia MTB beliau yang ku kenali lebih kepada aktiviti dalam DH bahkan pernah bersamaku menuruni Gunung Jerai tempohari.

Kini beliau maju setapak lagi, nekad meletak jawatan sebagai Pengurus Teknologi Maklumat (IT) di Hospital Pantai Kuala Lumpur(HPKL), rumah dan kereta juga dijual, segala hutang dilangsai demi untuk memenuhi impiannya berbasikal solo merentasi beberapa negara sejauh 16,000 km (stage 1) hingga ke Turki yang mengambil masa selama 8 bulan. Peringkat 2 – akan cuba direalisasikan dengan menjelajah hingga ke Afrika Selatan dan seterusnya ke Amerika (stage 2 & 3 bergantung kepada keadaan dan ‘kemampuan’).

Beliau pernah berbasikal hingga ke Thailand, Indonesia dan Singapura. Pengalaman dengan berbasikal secara solo dari Kuala Lumpur – Krabi sejauh 700 kilo meter dalam masa seminggu dan baru-baru ini mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 2,291 kilometer selama 30 hari sebagai  satu persiapan dan latihan ke arah misi ini.

Perjalanannya ditaja oleh beberapa organisasi seperti MIMPA, Marin(The Basikal), Fakawi Tribe,  Ayam Brand dan lain-lain lagi. Bekalan makanan(halal) keluaran Ayam Brand akan diperolehinya dibeberapa lokasi tertentu sepanjang perjalanannya nanti. Sesungguhnya pengalamannya yang dikongsi  menyemarakkan minatku untuk mengikuti jejaknya suatu hari nanti

Pengalamannya boleh diikuti di: http://www.tareh365.com/

iklan

Penyumbang: Gambar dari koleksi En. Tareh

IMG_0187

Basikal Marin Chromoly – Brooks Flyer

P1032207

Berat muatan ±40 kgbarangan

Bike repair kit

Sebahagian barangan asas & perlu: Gambar dari Koleksi En. Tareh

P1032212

Dari Jitra kayuhan bermula

P1032213

Aku mengiringi dengan doa semoga selamat dalam perjalanan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...