Translator

Wednesday, January 01, 2014

Bukit Regent: Kayuhan Singkat Penutup Tirai

Tarikh  :  29/12/ 2013     
Rider    :  Sendirian
Lokasi  :  Paya Mat Inson, Pendang, Kedah. 
Jarak    : 10.2 km 
Max Elev:  93 meter
Coordinate: N5° 51.782 E100° 31.768

Lama benar aku kepingin untuk berkayuh kesini. Bermula sejak tanah ini diuar-uarkan untuk dibeli oleh majikanku. Kini ia dibeli oleh sebuah syarikat dari Pulau Pinang(???)dan kini dalam proses tanaman semula.

Ia terletak disebelah jalan (kiri/kanan) Jalan Paya Mat Inson –> Padang Lembu. Bentuk tanahnya seperti ‘trapizum’, sedikit beralun dan berbukit-bukit. Terdapat 2 buah bukit berdekatan yang berketinggian 80 – 90 meter dan misiku adalah meredah masuk ke tanah ini dan mendaki kedua bukit tersebut sambil mencari-cari lokasi bukit lain dari atasnya.

Aku memulakan kayuhan pada jam 8.45 pagi dan terus memasuki Jalan Kampung Baru Kilang Bata. Cuaca yang mendung dangan rintik-rintik hujan menyegarkan kayuhan. Hampir sekeliling tanah ini telah dibuat parit sempadan dengan kedalaman hampir 3 meter. Melewati perkampungan aku melintas parit ini dengan meniti atas batang pokok yang dijadikan titi oleh penduduk kampung dan terus mendaki bukit pertama dan kedua. Dari atas bukit ini jelas kelihatan kilang pengeluar baja, Petronas Fertilizer Kedah (PFK) di Gurun. Gunung Jerai di Selatannya kelihatan berbalam-balam diseleputi kabus. Di sebelah timur lautnya kelihatan Bukit Tegor dan Bukit Perak yang kakinya sedang ditarah. Insyaallah aku akan ke sana dalam sedikit masa lagi.

Menambah keseronokkan menurun dengan laju, mencari sudut laluan yang menarik lalu menuju kesebuah kolam yang menjadi lokasi memancing. Beberapa penduduk sedang asyik memancing dan kebetulan ada yang berjaya menaikkan haruan. Terpaksa memendekkan kayuhan kerana ada urusan yang perlu dilakukan berdekatan kawasan ini.

PC292128

Hampir terjatuh masa melintas parit ni

PC292132

Teres pada ketinggian 60 meter

PC292145

Bukit Tegor & Bukit Perak di belakang sana

PC292147

Berbalam-balam Gunung Jerai

PC292154

Pot Memancing


PC292158

Tanah berbonjol bukan satu masalah dengan Fullsus

PC292167

Melintas parit ..aliran ke paya

PC292174

PC292194

Cubaan mendaki semula


SALAM TAHUN BARU 2014

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...