Translator

Tuesday, January 07, 2014

Charok Jambu: Merentas Bukit Memintas Jalan

Tarikh :04 Januari 2014 (Sabtu)
Mula   : 8:00 pagi
Max Elev: 129 meter
Rider : 2 orang 
Jarak : 17.3 km
Coordinate: N6° 16.648 E100° 31.279

Kegagalan aku mendaki Bukit Kerong tempohari dek tanah yang runtuh dari hujan lebat membuat aku harus bersedia. Kali ini aku sudah membuat tinjauan awal dengan mencari laluan masuk dan bertekad untuk mendaki dan seterusnya menyelesaikan misi. Misi yang merentas bukit menyeberangi daerah  Kubang Pasu/Padang Terap.

Seawal pagi, aku menjemput Along Iman (anak Alias D’Pallas) untuk menemaniku. Kali ini aku membawa peralatan seperti parang, sedikit bekalan dan dorongan. Kami bermula dari Charok Jambu dan semasa pendakian bersua dengan penduduk tempatan yang bekerja sebagai penoreh/pekebun. Sempat bertanya khabar dan maklumat. Sampai di atas bukit ada beberapa persimpangan lalu aku membuat keputusan untuk merentas bukit ini tanpa mengikuti permatang (next trip la). Laluan ke sebelah ‘sana’  sedikit semak dan dengan parang aku menebas membuka laluan dan seterusnya kami menuruni bukit hingga ke kebun getah. Kami mengikuti laluan di kebun getah hingga ke kawasan perkampungan iaitu Kampung Baru. Seterusnya keluar ke jalanraya dan mengayuh melewati kampung Belukar -> Kampung Bukit -> Kampung Dalam -> Perik dan seterusnya ke permulaan tempat kayuhan. Kali ini laluan offroad yang agak pendek ± 5 km sahaja manakala selebihnya adalah laluan tarmac.

Charok Jambu

P1042222

Buah Mula … kena tolak dah! Tayar terkeleceh

P1042224

Pada ketinggian 80 meter ada kebun getah

P1042226

P1042233

Berehat dipondok pada ketinggian 120 meter

P1042235

P1042237

Semak disini …

P1042238

Mengharung semak

P1042239

lancar & laju disini

P1042248

Memasuki perkampungan

P1042252

Sungai Padang Terap  - nafasmu begitu tenang,  lenggangmu begitu lapang

P1042260

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...