Friday, January 24, 2014

Berpetualang ke Phatthalung: Day 1 - Langkah Kecil, Bermula Sebuah Perjalanan

Tarikh :14 Januari 2014 (Selasa)
Mula   : 9:00 pagi 
Rider : 6 orang – Abang Ronn, Pudin TTG, Art TTBC, Cikgu Alias, Cikgu Adam & Rafiq
Destinasi: Maharat Beach, Sathing Phra, Songkhla, Thailand
Jarak : ±120 km

Langkah pertama, tidak kira besar atau kecil amat penting kerana ia sebagai satu permulaan yang mengorak perjalanan, menentukan arah tuju yang akan mempengaruhi hasil selanjutnya.

Teruja dengan pengembaraan Zahariz dan beberapa sahabat seperti Bang Ramly SP, En Tarek dan lain-lain lagi telah menaikkan semangat dan minat untuk mengikuti jejak mereka. Walaupun aku pernah beberapa kali berMTB ke beberapa tempat yang agak jauh namun ia tidak sama dengan konsep touring ini.

Persediaan awalku adalah dengan mencari ilmu meneroka alam maya, memanjangkan silaturahim dengan berkongsi pengalaman. Khabar di tanya, ilmu dicedok. Kemudian kepada mempersiapkan basikal dan peralatan dengan cuba meminimakan dan menggunakan peralatan yang sediada (berdikit-dikit dahulu).

P1112268

Sebermula pagi Selasa, 10 Rabiul Awal 1435, jam 9.15 pagi 6 lelaki pelbagai usia memulakan perjalanan dari Padang Besar, Perlis. Kayuhan menelusuri laluan pendalaman (jalan belakang) yang kurang sibuk dengan kenderaan menuju ke arah Songkhla. Matlamat kami cuba mengelak laluan utama dan sibuk. Laluan diatur koordinate disusun dan destinasi ditetapkan.

P1142272

Fasa pertama 120km kayuhan berjaya diredah. Sathing Pra menjadi destinasi kami. Jam 7.30pm kami tiba ke RimHaad Resort (N7 28.261 E100 26.763) yang terletak berhampiran Maharat Beach. Aku menikmati sepenuhnya kayuhan, mengamati laluan, melihat setiap benda yang menarik disepanjang jalan. Kayuhan ini memberi pengalaman yang bermakna bahkan tunjuk ajar dari ‘otai’ dikongsi sepenuhnya. Ia mangajarku agar memberi perhatian terhadap penyelarasan yang sempurna kepada basikal. Ini kerana perjalanan yang jauh akan mempengaruhi banyak perkara. Jika tidak serasi dengan  ‘setting’ pasti akan memberi kesan kepada rentak kayuhan. Begitu juga kepada aku, basikalku tidak sempat di selaras sempurna sebelum bertolak, maka selepas 80km rentak kayuhanku mula berubah, kesakitan dirasai dibeberapa bahagian tubuhku bahkan aku hampir tidak mampu untuk mengayuh pada kelajuan melebihi 18km/h. Angin pantai dan tasik yang terpaksa diredah menambah lagi siksa. Namun dengan menguatkan mental disamping berehat seketika aku mampu juga sampai ke destinasinya.

DAy1

P1142273

Cikgu Alias yang semakin teruja dengan konsep basikal touring ni

P1142275

jalan yang lengang di cari – Tha Khoi Road

P1142282

berhampiran Khlong Ngae (masih jauh lagi perjalanan ke Hadyai)

P1142286

Art TTBC berhampiran Masjid Nurul Huda, Ban Tha Po, Khlong Ngae

P1142295

Di Jambatan Tinsulanonda bersama Cikgu Adam. Aku hormati kemampuannya mengalahkan orang muda bila berkayuh.

P1142298

P1142302

Rimhaad Resort, bilik yang selesa dibuai dengan  bayu angin laut China Selatan. Sewaan sebanyak THB500 sahaja

P1152328

Hanya satu-satu kedai makanan muslim Di Sathing Phra ini (N7 28.188 E100 26.394)

1 comment:

  1. syabas..memang terbaik...nikmati keindahan alam sepanjang laluan...

    ReplyDelete