Translator

Monday, January 13, 2014

Kembara Alam Bumi Siam: Menjelajah Pulau, Menyusup Gua Menikmati Pantai

Tarikh : 25 Disember 2013     
Aktiviti: Seharian Menjelajah Pulau 
Jarak  : 55 km (pusing pulau)    

Kemuncak percutian kami adalah untuk menjelah pulau-pulau di Laut Trang ini (Lautan Andaman). Program akan bermula pada jam 9.30 pagi waktu tempatan. Kami bersarapan dahulu di gerai MusaLim (N7 30.456 E99 18.746)  dengan menikmati pulut ayam disamping membungkus bekalan untuk aktiviti di lautan nanti. Selepas sarapan aku ke pejabat Laytrang Resort untuk check-out disamping membayar untuk aktiviti sea tour yang berlansung hampir seharian. Kami dikenakan caj THB 700 seorang bagi dewasa dan THB400 bagi kanak-kanak. Caj yang dikenakan meliputi Fee, makan tengahari, snek, life jacket, snorkle & guide. Kami akan dibawa dengan bot menjelajah pulau yang indah.

Maracot

Kami dibawa ke jeti Pak Meng ((N7 30.458 E99 18.772) ada petugas mencatat kehadiran dengan mengambil nama dan bilangan orang yang bersamaku. Diatas bot kami dibekalkan dengan life jacket yang baru setiap orang dan dihidangkan dengan minuman coca-cola. Selepas itu diberikan penerangan dalam bahasa Siam, nganga la aku dok cuba memahami (tah apa-apa dia dok cerita). Tetapi selepas tu dia datang menghampiriku dan memberi penerangan semula dalam bahasa Inggeris broken. Beliau juga memberi AMARAN jangan kencing dipulau, ia boleh dilakukan di atas bot.

PC251754

Anak tokey Laytrang (dihadapan) mengiringi kami ke Jeti

PC251767

keselamatan dititikberatkan

IMG_0127

Perhentian pertama kami adalah ke Koh Mook (N7 23.304 E99 16.942)  sebuah pulau yang ketiga terbesar di kepulauan Trang ini. Aktiviti pertama ialah bersnorkling ditepi pulau ini. Pulaunya kelihatan hebat yang seolah-olah timbul tanpa pantai. Kami terpaksa berenang berhampiran pulau ini dengan pukulan ombak yang agak kuat dan beberapa tali diregangkan sebagai panduan untuk perenang. Permulaan agak takut dan terasa kesukaran, selepas mendapat rentak dan teknik keseronokan mula terasa, aku sudah berani melepaskan tali dan berenang sendirian menghampiri pulau, melihat ikan-ikan yang berenang mengelilingiku, batu karang yang cantik dan melihat secara dekat gua hingga tak terasa dipanggil kembali ke bot untuk ke destinasi seterusnya.

PC251998

20131225_112411

20131225_145321

Destinasi kedua iaitu ke Marakot Cave (N7 22.086 E99 17.114) juga dikenali sebagai Emerald Cave atau panggilan tempatan ‘Tam Nam’. Ungkapan Unseen Thailand kerana keunikkannya yang tidak terdapat ditempat lain. Katanya ia adalah tempat persembunyian harta rompakan para lanun suatu ketika dahulu. Penduduk tempatan mengunjunginya untuk mencari sarang burung. Tersembunyi di dalamnya sebidang pantai. Untuk ke sana terpaksa berenang memasuki gua yang gelap dan agak sempit sejauh hampir 80 meter sebelum menjumpai pantai yang bersih lagi halus pasirnya. Disana bagaikan berada di dalam kawah gunung berapi kerana dikelilingi oleh tebing yang tinggi. Gua yang dilalui tadi hanyalah satu-satunya jalan masuk dan keluar. Disini terdapat tumbuhan  unik yang tidak terdapat ditempat lain. Semasa masuk tadi kami berpaut sesama sendiri dan berenang perlahan-lahan sambil diawasi oleh pemandu pelancong. Bangga aku dengan keberanian isteri dan anak-anakku. Mungkin keterujaan untuk melihat keunikkan pantai disebalik sana.

PC251946

20131225_120735

PC251936

Destinasi ketiga kami ialah ke Koh Kradan (N7 18.600 E99 15.525). Dalam perjalanan ke sana kami dijamu dengan makan tengahari. Hidangan nasi dengan ayam goreng, Kensom(asam pedas) ikan, kerabu mempelam, telor goreng dan lain-lain lagi. Walaupun dikatakan halal, terasa was-was jadi aku menasihati anak isteriku untuk makan telor, kerabu dan ikan sahaja. Selepas  ± 30 minit perjalanan kami pun tiba ke Koh Kradan. Pulau yang berkeluasan ± 600 ekar ini dikatakan sebagai pulau yang tercantik di Trang. Hampir sebahagian pulau ini berada dalam perlindungan Hat Chao Mai National Park. Keindahannya terletak pada pantainya yang halus dan memutih, lautnya yang jernih menghijau. Terdapat beberapa buah chalet dan yang terbesar ialah  Anantara Si Kao atau  Sevenseas Resort. Di sini ramai pelancong mengambil kesempatan bersiar dipantai dan mandi manda. Kesempatan disini aku mengajar anak-anakku teknik berenang semasa bersnorkling disamping memberi semangat. Sedikit pembelajaran mereka sudah dapat memahami teknik dan membiar mereka berenang dipantai yang cetek ini.

PC251972

Jernihnya air – mengajar teknik berenang kepada anakku

PC251987

Destinasi keempat kami ialah ke sebuah pulau kecil iaitu Koh Chuak (N7 24.371 E99 13.917).  Pulau yang indah dipenuhi dengan pelbagai ikan dan karang laut. Tidak hairanlah ia menjadi destinasi pilihan pelancong yang gemarkan aktiviti snorkling. Seperti biasa ikatan tali dibuat sebagai panduan untuk pelancong berenang. Disini anak-anakku  sudah berani turun ke laut. Permulaan dengan memegang tali dan kemudian mengikuti aku ke tengah, selepas itu mereka sudah berani berenang sendirian sambil diawasi olehku. Aku biarkan mereka bebas berenang memerhati karang laut dan seronok sekali mereka apabila dikelilingi oleh ikan bahkan datang memakan roti dari tangan. Hampir 40 minit kami disini dan seterusnya untuk kembali ke Pak Meng Pier. Sebelum itu kami singgah ke Koh Ngai kerana ada beberapa pelancong yang akan menginap di chalet di pulau tersebuti. Bot tidak menghampiri pantai, sebaliknya ditransit dengan bot yang lebih kecil.

PC251774

PC251808

Hampir seharian kami di pulau-pulau dan pengalaman ke sini amat berbaloi sekali. Sampai di Jeti ± 5.30 petang waktu tempatan, terus aku ke pejabat Laytrang Resort memohon untuk mandi di Chalet mereka (walaupun sudah check-out) dan selepas mandi dan solat jamak kami bertolak ke pekan Trang sejauh ± 45km untuk bermalam di sana. Dengan keletihan aku tidak sempat mencari kedai makanan muslim, nasib baik aku membawa sedikit bekalan makanan dan malamnya maggie menjadi hidangan paling enak yang boleh dinikmati buat melapik perut. Menanti fajar untuk aktiviti berikutnya ………..

Kisah yang sama: -

Kembara Alam Bumi Siam: Mencari Sinar Dari Satun Ke Trang

_MG_7148

Di Koh Kradan

PC251770

Kudapan & minuman ringan disediakan. Puas makan/minum

PC251788

Terjunan …

PC251800

badai menghempas ke batuan dan gua-gua kecil di pulau

PC251846

PC251856

Pintu masuk ke Marakot Cave

PC251860

beratur berenang beramai-ramai menyusup gua

PC251864

anak-isteri dibelakangku – barangan penting/kamera dalam beg kedap udara warna biru(penting)

PC251869

gua yang gelap sambil diawasi oleh pemandu pelancong

PC251958

Keluar semula dari guar ke bot

PC252010

Snorkling di Koh Chuak

PC252013

Pelbagai ikan mengelilingiku

PC252026

kejernihan dan kehijauan air lautnya

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...