Translator

Sunday, January 26, 2014

Berpetualang Ke Phatthalung: Day2 – Memperbaiki Prestasi, Menuju Destinasi

Tarikh :15 Januari 2014
Mula   : 9:30 pagi 
Destinasi: Sathing Phra – Ranot – Thale Noi
Jarak : ±80 km

Pagi yang sejuk dek hujan yang turun semalam ditambah angin laut yang kencang. Memanaskan badan dengan meneguk kopi panas yang dimasak dalam bilik sambil menikmati bekalan roti. Dalam pada itu basikalku di tala dan dilaraskan semula oleh Abang Ronn bagi menyesuaikan dengan kedudukan diriku.

day2

20140115_082431

9.10 pagi waktu Malaysia, selepas check-out kami menuju ke kincir angin (N7 27.646 E100 26.997) milik Provincial Electricity Authority (PEA) of Thailand. Terletak ± 1km dari Rim Haad Resort (N7 28.261 E100 26.763). Kincir setinggi 50 meter yang menjadi mercu tanda Sathing Phra dan boleh dilihat dari kejauhan. Ianya digerakkan oleh angin bagi menjana kuasa eletrik hampir 1,000 MW. Untuk makluman PEA adalah agensi yang ditubuhkan pada 28 September 1960 yang berperanan untuk menjana tenaga, perolehan, pengedaran dan jualan elektrik kepada orang ramai, perniagaan dan sektor perindustrian.

P1152323-horz

Kemudian kami singgah di kedai makan muslim yang berhampiran (N7 28.188 E100 26.394) untuk bersarapan dan membeli bekalan. Ini kerana selepas Ranot tidak ada lagi kedai makanan muslim. Walaubagaimanapun ada sebuah masjid Masjid Nurut Din (N7 29.617 E100 26.357) yang terletak ± 5km ke utara dari Rim Haad Resort ini. Sepanjang perjalanan kami, terdapat banyak gerai menjual buah enau di kiri kanan jalan dan singgah disalah sebuah gerai bagi menikmati nira enau. Alhamdulillah cuaca yang redup hari ini menyegarkan kayuhan, bahkan dengan membetulkan talaan beberapa posisi dibasikalku sudah tidak lagi merasa sakit dan mampu bersaing bersama.

Dipekan Ranot singgah sebentar di stesyen minyak PTT kerana berlindung dari hujan. Selepas itu melewati pekan Ranot. Apa yang menarik ku perhatikan, Pihak Berkuasa Tempatan Ranot amat prihatin kepada pengguna basikal hinggakan lorong khas basikal disediakan.

Hampir 80 km perjalanan di lalui dan yang menarik sekali apabila kami hampir sampai ke Thale Noi. Laluan bersebelahan tasik dan bendang yang menghijau amat menenangkan jiwa. Laluan paling menarik ialah apabila melalui jalan yang ditabalkan sebagai His Majesty The King’s 80th Birthday Anniversary Road’(N7 45.625 E100 10.660). Jalan dan jambatan yang merentangi paya dan tasik yang dibina pada 5 Disember 2007 sempena Sambutan Harijadi ke 80 King Bhumibol Adulyadej. Sebuah jambatan sejauh ± 9km dilalui. Sungguh cantik sekali pemandangan. Kami berhenti berehat di sini untuk menikmati pemandangan dan makanan tengahari. Ahh! begitu dingin dan tenang, terasa mengantuk pula selepas makan, mahu saja terlelap di sini. Namun ada beberapa km lagi untuk ke destinasi.

P1152377

Kami tiba ke Thale Noi Tourist Information Service Center (N7 46.645 E100 07.365) pada jam 4.30 pm dan terus ke Chalet terapung disini dengan kadar THB60.00 semalam. Malamnya yang sunyi dan dingin hasil dari tiupan angin tasik namun banyak nyamuk berterbangan. Memandangkan tiada makanan halal di kawasan ini, malamnya kami memasak sendiri makanan. Walaupun ringkas namun terasa lazat sekali masakan ini.

 

P1152311

awal pagi sebelum bertolak di Sathing Phra

P1152330

bersama salah seorang rider Thailand yang menjadi rakan FB,Nattapong Jiraphun

P1152333

Menikmati enak enau

P1152339

kemalangan kecil

P1152352

Laluan khas basikal di pekan Ranot. Semoga pihak PBT kita memberi perhatian dan sokongan kepada penunggang basikal

P1152360

sawah menghijau , enau menegak

P1152391

menikmati makan tengahari di atas titi

P1152394

9km jambatan merentas paya

P1152405

P1152410

kawasan yang dipulihara - paya dengan hidupan air yang bebas tanpa diganggu

P1152423

Chalet terapung yang cantik dan murah

P1152429

Ada privasi – sunyi di sini

20140116_070518

P1152439

masakan sendiri untuk makan malamnya

4 comments:

  1. jealous tengok thailand ada ruangan khas untuk basikal di malaysia sendiri pernah terdengar setengah lebuhraya mengharamkan pengguna basikal daripada menggunakan lebuhraya atas alasan keselamatan yang pada saya amatlah remeh ..respect dan salute untuk encik semua yang telah berjaya berbasikal ke sana..saya hanya mampu ke sana dengan train dan mungkin akan ke phatthalung pada bulan depan.

    ReplyDelete
  2. TQ atas singgahan anda..
    Yang nyata apabila jauh perjalanan luas pemandangan, jelas pandangan..
    Emmm Rasanya di Penang sudah ada laluan basikal

    ReplyDelete
  3. salam kenal...
    2-3 hari saya akan ke pathalung.. menarik rupanya disini...
    bolehkah berikan nama chalet terapung tu?
    thanks :)

    ReplyDelete
  4. Maaf atas kelewatan kerana berada di Indonesia dari 16 - 23 Februari
    Di Thale Noi Tourist Information Service Center boleh dapatkan penginapan tersebut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...