Tuesday, October 19, 2010

Talat Nat Khlong Ngae - Hat Yai

Tarikh: Sabtu – 16/10/2010
Laluan: Bukit Kayu Hitam(BKH) – Khlong Ngae – Hadyai
Jarak: 120km
Mula: 8.00am : BKH
Rider: Abang Ronn, Zn & Pudin
Perancangan awal misi kami adalah sehingga Khlong Ngae sahaja, namun setelah melihat masa yg belum mencemburui  maka lajaklah hingga ke Hadyai kerana ada barang yg nak diborong.
8.00am – Rushdone menyapa kami di pemeriksaan imigresen
9.15am Bersarapan di Pot MTB Ban Prik(22km dari BKH),  Kedai Abang Jaafar – nasi krabu dah abis, ‘menyorok’ pulut ayam jer. Pot ini sunyi pada paginya kerana ramai yg keluar bekerja. Pada petangnya dan hari Ahad akan ramailah rider sekitar Ban Prit berkumpul di sini
Khlong Ngae(6° 46' 0" North, 100° 32' 0" East) adalah sebuah pekan kecil yg terletak di Selatan Thailand. Ianya terletak antara perjalanan dari BKH ke Hadyai. Jaraknya ± 36km dari BKH. Disinilah terdapat Talat Nat(pekan hari- SABTU) yg terkenal dgn pasar bundlenya yg berkualiti(???) dgn harga yg berpatutan(???). Pasar ini dibuka seawal jam 6.00pagi(Waktu siam la) dan berakhir sehingga jam 1.00tgh. Semua urusan hanya sah dilakukan dalam matawang ThB. Komunikasi!..jangan bimbang, walaupun anda ‘buta huruf’ dan ‘buta bahasa’, ramai peniaga terdiri dari melayu Patani dan Yala. Ini memudahkan sedikit urusan penawaran. Matlamat penulis bukan hanya pada bundlenya tetapi pada keunikan, kepelbagaian,  keharmonian, sikap dan semangat yg meruntun penulis utk singgah ke Nat ini
Bingit: Juru jual ni siap kecek Melayu – dok sila ooo sila, murah ooo murahh. Tudia ramai berkerumun membeli. Harga ThB2 – ThB5



Kepelbagaian makanan – Gajus manis dan manisan

Jersey ori – harga ThB 500(tak tawar lagi)
Bersua jua dgn geng Mat Motor dari Malaysia yg mencari barangan di sini. Pada yang berminat tenlulah akan rambang matanya di sini.


12.15pm meneruskan perjalanan ke Hadyai. Mengunjungi kedai Basikal Mr. Teoh, Mr Jurafat dan Mr. Somchai utk membeli beberapa barang keperluan. 2.10pm makan tengahari kat Kedai Chekkar. Kena sup ekor dan spesialitinya tenggiri goreng kicap ..peghhh leleh ooooo.

Chekkar sudah mengalami perubahan. Renovasi di bulan puasa lalu tampak lebih ceria, luas, bersih dan cantik.

Nasib baik hujan pada petangnya, suasana dingin dan redup menyedapkan perjalanan pulang.

7.10 tiba di Danok – bersua Gajah yg sering mudar mandir disitu. Danok memang meriah pada petangnya, bertambah bingit dan ‘hidup’ pada malamnya. Kalau berkereta elakkan balik di waktu sebegini – terpaksa bersesak dgn deretan kereta dan lori.
MAKLUMAT TAMBAHAN: Jadual Nat di Selatan Thailand: -
Khamis – Sadao
Jumaat – Hadyai
Sabtu – Khlong Ngae
Ahad – Songkla

No comments:

Post a Comment