Translator

Wednesday, October 13, 2010

SATUN: Kayuhan Jejak Warisan

Gerek Baru dgn kerjasama Ronn’s  Adventures akan menganjurkan satu program Jejak Warisan Ke Satun dan Pak Bara pada 5 – 7 November 2010 (Hari Jumaat – Ahad). Ia adalah   program kayuhan santai utk mengerat silaturahim sambil membuat kebajikan dan menelusuri sejarah.
Pihak penganjur akan cuba mengatur program ramah mesra bersama Team Satun Bike Corner dgn Gabenor Satun akan hadir bersama disamping menziarahi beberapa pondok sekitar Satun sambil menyampaikan derma dan bantuan yg berpatutan. Tidak ketinggalan membuat lawatan menelusuri sejarah dan tempat-tempat menarik.
Semua rider yg berminat :
Hubungi saya melalui email: Saifuddin@hotmail.my atau sms ke 019-4800 116 atau nyatakan persetujuan dgn mencatat nama, no. telefon di bahagian komen.
Tarikh: 5 – 7 November 2010 ( 3 hari 2 malam)
Laluan: Kaki Bukit – Satun – Pak Bara
Jarak: ± 90km (sehala)
Masa: 8.00am dari Kaki Bukit
Bajet: ± RM150.00
 

  Item

   Butiran

Jumlah

Penginapan

RM20 x 2 org x 2 malam

RM80.00

Makan & Minum

RM20.00 x 3 hari

RM60.00

Lain-lain

 

RM10.00

Currency +- :(RM100 = THB950)
---------------------------------------------------------------
Bacalah Catatan OLEH: DATO’ HAJI WAN SHAMSUDIN MOHD YUSOF seorang sejarawan yang tidak asing lagi di Negeri Kedah.
Hubungan Kedah dan Setul - Dahulunya pernah berpisah, kemudian kembali seketika ke pangkuan Kedah sebelum berpisah buat selama-lamanya.
satun ZAMAN Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II Sultan Kedah ke-22 (1804-1845), pada 12 November 1821, Kedah diserang mengejut dan ditawan oleh tentera Ligur termasuk Wilayah Kedah lainnya iaitu Setul dan Perlis. Ketiga-tiganya terpaksa mengakui ketuanan Siam dengan mengirim ufti sepohon bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali.

Enam puluh tahun kemudian, apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882- 1943) bertakhta, melalui perisytiharan Menteri Dalam Negeri Thailand, pada 7 April 1897, Kedah, Perlis dan Setul disatukan di bawah satu pentadbiran dan baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah diberi kuasa penuh mentadbir ketiga-tiga wilayah itu dinamakan Monthon Saiburi.

ku din Upacara rasmi penyerahan kuasa berlangsung di Balai Besar Negeri, Alor Star pada 17 Mei 1897. Dengan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman, pentadbiran Setul (1897), Sultan Abdul Hamid menghantar Ku Din Ku Meh, Ketua Penjara Alor Star menjadi Pesuruhjaya atau Gabenor di Setul. Ku Din telah melaksanakan pentadbiran moden mencontohi sistem pentadbiran yang dijalankan di Kedah termasuk memakai pakaian seragam untuk seluruh pegawai-pegawainya.

William Walter Skeat, Ketua rombongan ekspedisi Universiti Cambridge, London yang pernah melawat Kerajaan Melayu Setul pada akhir Disember 1899 mencatatkan bahawa Ku Din adalah pentadbir yang pintar dan dapat menguasai dua bahasa iaitu Melayu dan Thai. Menurutnya keluaran Negeri Setul yang utama ialah kambing, ayam, lembu, kelapa, balak dan sarang burung. Amalan Sistem Kerah diteruskan untuk kerja-kerja raya.

Tahun-tahun terakhir pentadbiran Ku Din Ku Meh memperlihatkan kecenderungannya memandang ke Bangkok lebih daripada Kedah dengan bertindak bersendirian dalam banyak hal. Dalam bulan April 1902 Ku Din melantik dirinya sebagai Raja Setul bergelar Tunku Baharuddin bin Ku Meh sementara pihak berkuasa Siam akhirnya mengiktiraf dan menyokong penuh segala tindakannya. Melalui Perjanjian Bangkok 1909, Wilayah Setul terus berpisah dari Kedah buat selama-lamanya.

1 comment:

  1. Jadi Tuan Din Tuan Meh ni dikira sebagai pengkhianat bangsa lah.

    Ada tak usaha untuk menjejak pusaka peninggalan dia. Tapi rasuah ni pun bermacam-macam cara, bukan hanya wang ringgit.

    Apa pun Allah terus akan bagi saham kpd dia diatas segala penindasan dulu kini dan seterusnya keatas orang2 Islam disana. Allahuakbar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...