Tarikh : Sabtu, 09/10/2010 = 1 Zulkaedah 1431
Mula : 7.50am - Alias Bike Shoppe(Jitra)
Laluan : Jitra - Tunjang - Bt. 17 - Ayer Hitam - S. 4. Kerpan - K. Sanglang - K. Sg. Baru - K. Perlis
Jarak : 110km
Avr. Speed: 25km/h
Tempoh: 4.7 jam
Rider: 9 orang – Pudin, Zn, Ustaz Raja, Suhaidi(celcom), Sham dan Protégé Gerek Baru yang masih menuntut di Polimas(mengimbangi antara riadah dan belajar) = Firas, Farhan & Along. Yang lainnya masih belum bersedia.
Sesungguhnya pengalaman kayuhan ini membawa makna yg besar terutama kpd Protégé kami. Latihan yg diatur adalah persediaan ke arah kejohanan dan aktiviti yg mendatang. Pengalaman yg dikutip tak kan dapat di cari di dalam kelas. Pendedahan kpd latihan fizikal yg drastik secara tidak langsung mengajar dan memantapkan mental mereka. Tanpa kekuatan mental – perjuangan kan kecundang. Rujuk: http://gerekbaru.blogspot.com/2010/09/gerek-baru-elite-rider-development.html
Ilmu yg ijazahkan secara tidak langsung merangkumi bio energi, meta Fi'zi:k, chemistry(keserasian), management, lurah’, syifa’, santap, ngelat dan lain-lain lagi bagi memenuhkan isian aura dan ‘chakra’ di dada sbg bekal dlm yg bakal menjelang.
Terimakasih pada Suhaidi atas ransangan mental dan selera(belanja makan). Terima kasih pada ustaz sebagai pencetus idea dan pembimbing kerohanian. Terima kasih pada Zn atas inisiatif barisan palapes. Terima kasih pada semua yg menyertai aktiviti ini DAN terima kasih juga pada yg membaca blog ini.
Usaha memertabatkan sukan MTB akan berterusan. Komitmen kami - sukan MTB sbg pentas silaturahim, riadah dan ibadah.
GEREK BARU - CYCLING ATTITUDE
7.45am dok bergambar lagi – nun di Tunjang, Ustaz dan Suhaidi, jemu menunggu
Gaya pro – (professional, protege dan proksi)
Projek landasan keretapi berkembar( MMC – Gamuda) di batu 17 Tunjang
Pekena nasi gulai ayam kampung di Ayer Hitam, Kedah .. maka kamilah yg meramai warong yg memang dah ramai: (di kiri sekali tokeynya Jaafar(sepupuku) ketawa .. boh lagi ..boh lagi)
Melewati kawasan bendang(bapakku) berdekatan Lubuk Pinang. Sanglang, Kedah
MISTERI .. masih mushkil sampai la ni – macamana paku ni boleh terpacak kat sudut yg tak menyentuh tanah - tak boleh diterima akai ni
Aiman di Kuala Sungai Baru – kegigihannya patut dicontohi
Gaya macho dan sendo Ustaz D Raja
Berlindungan di bawah bumbung dari sinaran mentari yg terik lagi perit
Mentarang – RM6.00 sekilo; terdapat di perairan Sungai Baru, Perlis memanjang hingga Kuala Jerlun, Kedah dan boleh juga di dapati di Selangor.
Proses membuat BELACAN di Kuala Sungai Berembang, Perlis.
Suatu ketika dahulu ada ‘kawasan mainan’ di tepian laut ini. Kini ianya sudah terhakis – tinggal kenangan sahaja.
Pelabuhan Kuala Perlis. Jeti utk ke Langkawi. Teringat pada XPDC berbasikalku diawal tahun 80an sebelum Langkawi menjadi free port..Nanti ku upload nostalgianya(bagaimana sukan berbasikal sudahpun bertapak dalam diriku sejak dahulu lagi)
The famous laksa house in Perlis – resipi temurun sejak 1968
Takdak kuah belut tau!
Tudia aihh sampai Padang Besar. Kecik sungguh dunia ni.
S.O.S .. pleazzzzz ..cukup sampai disini sajaaa. Aiman sudah kehilangan tenaga. Tiupan semangat sudah tak berjaya, mengayuh dgn lewa menanti ayahnya utk di bawa. Hanya yg tabah sahaja mengharungi keterikan mentari dan rintangan angin.
No comments:
Post a Comment