Tarikh: 22 Januari 2010 – Harinya Sabtu
Mula: Taman Herba - Jam 10.00am
Rider: Abang Ronn, Art TTBC, Art Public dan Pudin
Hari ini hanya 4 orang rider sahaja yang berkayuh di sini. Penulis sudah biasa ke sini beberapa bulan yang lalu KLIK , tetapi tidak pada Art & Art yg pertama kali ke sini. Tidak pernah lagi kami memulakan kayuhan ‘sesayup’ ini(pukul 10.00am) namun tidak menjadi masalah kerana hutan-hutan di sini memang meneduhkan laluannya.
Pagi yang nyaman, bersua dgn segerombolan hiker yang diketuai oleh Mr. Doha yang juga menjadikan laluan ini sebagai aktiviti mengisi cuti hujung minggu mereka.
Laluan bersimen pagi ini terasa amat perit untuk mendaki tambahan pula baru lepas kekenyangan ‘menyorok’ nasi lemak. Namun ku gagahi dan berjaya jua menawannya tanpa menolak. Di beberapa tempat, laluan agak semak menandakan ramai ygn tidak berkunjung ke sini, (mungkin kerana cuaca tempohari yang sentiasa hujan). Berkat sedikit tunjuk ajar dari Team Nasron aka Lontruth semasa mengikuti kursus ringkas DH tempohari(Di BikePark) telah memberi keyakinan kepada penulis untuk ‘terjun’ kali ini. Hampir 97% laluan penulis berjaya mengayuh. Tidaklah seperti kunjungan lalu. Mungkin jua kerana tercabar bila melihat Abang Ronn ‘selamber’ mengayuh turun denai yang semak lagi bergerigi dgn batu dan bonjolan akar kayu. Memang kemahiran dan imbangan badan perlu apabila berkayuh di sini.
Abang Ronn. sedang menikmati teh misai kucing yang ada Ummphhh dan Grrrrrr..
Rimba Herba Negeri Perlis adalah satu projek Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Ianya bertujuan untuk mengetengahkan tumbuhan herba sebagai satu alternatif perubatan dan seterusnya membuka potensi herba ini. Ianya adalah ‘muzium’ tumbuhan ubatan dan menjadi panduan kepada orang awam ke arah mengekal, mengenal dan memperkayakan khazanah hutan.
Ia ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar mempunyai koleksi hampir 1,000 spesies tumbuhan herba. Pengunjung dapat mempelajari dan mengetahui kegunaan tumbuhan di sini. Disamping itu rawatan rendaman minyak herba juga disediakan disini.
Bayaran masuk ialah RM1.00(dewasa) dan RM0.50(kanak-kanak). Dibuka dari jam 9.00am – 5.00pm (Ditutup pada hari Isnin)
Untuk makluman lanjut boleh hubungi: Rimba Herba, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, 01000, Kangar, Perlis
No. Tel:04-9765 966 Fax: 04-9767 901
Gerombolan yang dikepalai oleh Mat DUHA turut melatih kaki menguat stamina di sini
Di sini pastinya ada jua yang kecundang
Ambil angin – bergabung dahulu- udara yang nyaman disedut sebelum menyambung.
CP3 – Wang Pacat Challenge 2007
Huyoooo – rugi tak bawak Fullsus mai sini
Acheh! .. ada jua yang terbabas – tak sempat bukak klip daaa
Menempel - Ada jua wajahnya
No comments:
Post a Comment