Tarikh: 09 Januari 2011
Mula: 7.45am
Jarak : ±50km
Rider: 11 orang – Senu, Ustaz Raja, Zn, Syam, Rizal Arbi, Art Bata, Nizar, Pudin dan 3 orang pelapes iaitu Yap Poli, Farhan Poli dan Along Aiman.
Ladang Jati Perik ( Latitude: 6.3337, Longitude: 100.5293 ) adalah sebahagian dari laluan kayuhan mingguan team Gerek Baru. Ianya terletak berhampiran Kampung Paya Terap, Daerah Kuala Nerang. ± 18km dari pekan Jitra. Penulis sering juga ke sini bersama team Redflag, Jitra untuk kayuhan malam hari di sini.
Kayuhan kali ini bermula dari Kedai Alias D’Pallas, Taman Suria, Jitra ke Paya Terap sejauh hampir 20km sebelum mula mendaki ke bukit Tok Hong. Lama benar kami tidak ke sini dan mendapati laluannya yang berlopak(berpasir) yg dikategorikan agak berbahaya sudah dijadikan laluan simen dan dipuncak beberapa tempat sangat lecak dan rumput menebal. Turun melalui jalan kampung. Jalan disini juga becak kerana telah ditolak.
Kayuhan kali ini disertai oleh sdr. Nizar(pensyarah Uitm) yg pertama kali mengayuh offroad. Walaupun tidak dapat menghabiskan kayuhan, syabas diucapkan kerana mampu utk berkayuh hingga ke tahap ini. Pihak kami juga kehilangan seorang rider dalam perjalanan ke Kampung Perik. (Hilang tengah jalan ni!). Rider palapes juga semakin menyerlah dan dengan kekuatan mental dan fizikal pastinya mereka boleh berjaya di masa hadapan.
Bermula dari kedai Alias d Pallas, Taman Suria, Jitra
Beroda dua berbeza gear
Di tepi sungai perik – permulaan untuk mendaki
Laluan di sini bak roller coaster – ada turun dan naiknya
sesuai untuk latihan mendaki dan menolak
Masalah gerek oren – tak leh masuk gear satu plak- camna nak ragaih niii
Pakat2 ambik angin duluuu
sudah ada laluan bersimen
Agak semak di sini
Uhhhh lecahnya
No comments:
Post a Comment