Wednesday, January 05, 2011

Rembang Di Wang Kelian


Coordinates :  6° 40' 32.53" (6.675702°) north, 100° 11' 14.68" (100.18741°) east
Elevation : 157 meters (515 feet)

Wang Kelian merupakan pintu sempadan yang paling utara di Malaysia. Terletak ± 40km dari Kangar dan  12 km dari pekan Kaki Bukit ( popular dengan  Gua Kelam). Ianya adalah sebuah pekan kecil yang terletak bersempadan dengan Wang Prachan, Thailand. Apa yang menjadi tarikan di Wang Kelian ialah ‘NAT’(pekan sehari). Setiap hujung minggu(Sabtu & Ahad), ramailah pengunjung ke sini(kemuncak pada hari Ahad). Ia menjadi salah satu pilihan selain Padang Besar untuk membeli belah barangan( siam?).
Pengunjung(Malaysia & Thailad) bebas keluar masuk di pintu sempadan untuk mengunjungi Pasar Sehari Wang Kelian dalam kawasan Malaysia dan Wang Prachan di Thailand untuk membeli-belah. Walaubagaimanapun pengunjung hanya dibenarkan bergerak bebas dalam kawasan berkenaan dalam jarak kira-kira dua kilometer dari pintu sempadan.
Hari ini penulis bersama Art TTBC, Cikgu Jaswandy dan Khairul layan pendakian untuk mengambil peluang memasuki Wang Prachan sambil beli beberapa barangan. Cuti awal tahun kedua negara menyebabkan ramai pengunjung di sini hari ini.
Ringgit semakin merosot berbanding Thai. (RM100 = Bath 981). Sudah kena ‘Teng’ walaupun pergolakkan sering berlaku di sana.
 
Bermulanya perjalanan dari Balai Polis Kaki Bukit
 
Cikgu Jas .. di perantauan
Glug… Glug ..Glug
 
Dr. hadapan: Khairul(parol officer), Cikgu Jas & Art TTBC
 
Ikan karin turut dijual
 
Minyak atau gula kalau habis – pakat mai beli blah sini .. takdak masalah kekurangan pon
 
OK Pizza …Halal – perasa tomyam ada tak?
 
RM300.00 – bleh lipat dan ada bag – sangat ringan & bertayar angin

No comments:

Post a Comment