Monday, January 17, 2011

Jamboree Pembuka Tirai 2011: JMJ’11

JERAI MOUNTAINBIKE JAMBOREE anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Perwaja (KESUREP) dengan kerjasama Perwaja MTB Club

Tarikh    : 16 Januari 2011 (Ahad)
Flag-off : 7.45 pagi
Tempat : Perwaja Steel Sdn Bhd, Gurun, Kedah.
Jarak    : 48 km

Satu aksi hebat dari sahabat  kita dari Taiping

Merupakan Jamboree pertama yang disertai penulis pada tahun 2011.

SESUNGGUHNYA JAMBOREE INI TELAH MELETAKKAN SATU STANDARD DALAM PENGURUSAN PENGANJURANNYA.

Penulis menarafkan 8/10 dalam keseluruhan pengacaraan ini

Segala ulasan dan komen ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja yang tidak mewakili mana-mana pihak samada orang persaorangan atau kumpulan atau persatuan.

Pendaftaran:

Hari ini adalah Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darulaman Kali Ke 83. Bersempena dengan cuti ini peluang diambil oleh rakan-rakan di Kedah untuk turut serta meramaikan Jamboree ini yang kebetulan adalah cuti umum.

Seramai lebih dari 1,600 peserta mendaftar utk kayuhan ini dan yang datang juga melebihi 1,200 orang walaupun ada yang sudah beberapa kali mencuba trek ini sebelum ini. Satu pendekatan baru dalam usaha mempromosikan Jamboree ini telah berjaya menarik ramai peserta bahkan ada beberapa rider yang ‘suka tunggu dan lihat ’ berasa kecewa kerana tidak berjaya mendaftar di saat akhir.

Team Gerek Baru menghantar 20 orang wakilnya bagi menyertai Jamboree ini.

Menghadkan jumlah peserta juga satu langkah bijak pada pandangan penulis kerana ‘kesesakkan’ dan ‘kawalan’ dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.

JEMPUTAN MENCUBA TREK ADALAH SATU BENTUK PROMOSI YANG AKAN MENJADI SATU STANDARD

Goodies

Urusan mengambil goodies juga berjalan lancar. Isian barang-barangnya yang meliputi Jersey, Sijil Penyertaan, No. Plet Tajaan Extreme Bike( Ah Gee) dgn pengikat yang bersesuaian, 2 paket suntonic dan botolnya yang semuanya diisi dalam bag berindentitikan JMJ’11. Standard biasa dalam mana-mana Jamboree.

Ramai yang memuji Jersey JMJ, cantik dgn kainnya bermaterialkan subfit sublimation. Berbaloi pada yang berdaftar.

Lokasi khemah dan tempat permulaan adalah  bersesuaian. Tidaklah terlalu jauh untuk mengakses tempat-tempat penting bagi rider spt surau, tandas dan kantin. Parkir yang sesuai dan boleh dikatakan mencukupi dan tidak terlalu jauh dari  tempat event.  Polis Bantuan mereka melancarkan lagi perjalanan lalulintas dikawasan ini.

Trek

Patah pa?

RAmai juga rider yang jatuh di sini

Penulis sudah pernah mengayuh disini pada bulan Mac 2010 lalu. Jadi secara tidak langsung memahami sedikit selok belok laluan ini.

Permulaan laluan bertar menghala ke pekan Bedong dan memasuki kawasan perumahan, menyeberangi sungai(ternakan lembu) yang jam, sebelum memasuki offroad ladang getah Permaipura dan Sg. Puntar. Laluannya bak rollercoster dan juga mendaki teres-teres getah. Di beberapa tempat terutama kawasan DH di Sg. Puntar agak berbahaya dgn laluan berbatu lada. Ramai juga rider yang ‘tumbang’ di sini. Penulis juga mendengar beberapa dentuman jatuhan dibelakang, tanpa berpaling kiri dan kanan apatah lagi ke belakang penulis terpaksa meneruskan DH yg melaju, tetapi pasukan perubatan memang cepat bertindak. MAAF sekiranya yg terjatuh tu akibat dari kelalaian atau loklaknya penulis menunggang

Penat juga bila mendaki Bukit Judi dan Bukit Pencawang dgn menolak menjadi satu standard disini.

DH sebelum melewati Suasana Harvard, beberapa rider juga ‘tumbang’ di sini. Selepas itu mendaki lagi di laluan bersimen(Bukit Harvard) di bawah teduhan Ladang Kelapa Sawit. Ramai juga rider yang tewas di sini akibat kehilangan tenaga dan ramai juga yang mampu menawannya.

SYABAS pada pasukan pihak JPAM(JPA3) dan paramedic dari Strand Hospital, Sungai Petani yang berada pada lokasi yang bersesuaian dan cepat bertindak.

SATU STANDARD DGN MENGAMBIL PARAMEDIK DARI HOSPITAL SWASTA.

Petugas

Terdapat 3 Check Point (CP) termasuk ditempat permulaan. Pengurusan dan petugas yang ramah melaksanakan tugas dgn ‘smoooth’

Krew yang bergaya dgn berbaju puteh dan bertopi merah Nike tampak cantik lagi kemas dan lawa memang mencukupi dan berada pada lokasi-lokasi yang ditentukan dan bersesuaian.

Penunjuk arah yang mencukupi dan jelas..pasti rider tak sesat punya..Amaran dan kawalan ditempat berbahaya juga baik. Tetapi ada petugas spt tak larat tiup wesel plak.

Makanan

Feeding Point

Terdapat 3 Feeding Point disepanjang laluan. iaitu KM14 - Air Minuman, KM 27 - Air Minuman + Pisang dan KM 37 - Suntonic + Air Minuman.

8:53am FP 1 – Team Redflag dari kanan Abang Ai, Adli dan Cikgu Wan

9:53am - Feeding Point 2 – mineral botoi 50ml + pisang(siap berkupas – nak suap pun bleh)

10:44am - Feeding Point 3- suntonic dan mineral water – aku bedai 5  gelas suntonic ..

Makanan Tengahari

Makan tgh dan 3 mata masakan dan limau. Walaupun lauknya banyak di masukkan ke dalam pinggan nasi namun terasa sikit kureng sedapnya. Banyak juga kelihatan sisa nasi tertinggal di dalam pinggan.

Hadiah

MEDAL

Gold Medal - Tempat 1 - 100 dan Silver Medal - 101 -500

Ranking Sticker bermula dari nombor 501 akan diberikan kepada semua peserta yang tiba digarisan penamat dengan mendapat ketiga-tiga Check Point. Penulis hanya layak diberi sticker sahaja. Mungkin sesuai dengan azam tahun ini bahawa penulis tidak lagi mengejar ‘kedudukan’ maka kali ini penulis enjoy laluan sambil berkenalan dan menjadi jurugambar  sahaja.  Alasan sakit lutut rasanya boleh dipertimbangkan juga. Rasanya inilah pencapaian terburuk penulis dari segi kedudukan.

Team Gerek Baru berjaya membawa pulang sebutir Gold Medal dan 2 Butir Silver Medal. Rizal Arbi yg berjaya mengondol Gold Medal dengan mendapat tempat ke 78. 2 orang rider pelapes semakin menyerlah prestasi mereka dgn mendapat  mendapat Silver Medal iaitu Mohd Asyraf @ Yap Poli berada pada kedudukan 138 manakala adik along Aiman(13 tahun ) menduduki tempat ke 223. Yang lainnya sticker jer laa. Apapun Syabas pada yang berjaya mengondol  medal dan juga yang menamatkan kayuhan dgn sempurna.

HADIAH PEMENANG

Kategori Lelaki   : Tempat 1 - 3 (Trofi & Wang Tunai) & 4 - 5 (Trofi)
Kategori Wanita : Tempat 1 - 3 (Trofi & Wang Tunai) & 4 - 5 (Trofi)

Saudara Muhd. Ariff @ Spark yang merupakan anak didik Azizul dan Tandope berjaya mendapat tempat ke 6, satu kejayaan besar juga, pasti ada perkembangan terbaru dalam kejohan seterusnya, berkat didikan jurulatihnya itu.

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA TEAM YANG  YANG BETUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN ACARA INI.

Layan sebahagian Gambar Jamboree :

Lagi Gambar: di FACEBOOK - (KLIK)

CP1 – Rider di masukkan ke laluan mengikut plet

Tidak sabar menanti bendera dikibarkan

Tudia ..cikgu Pisol ..Yeahhhh

D-One pun tak ketinggalan

Seperti biasa .. Adegan Tandope mengendong kamera D90 nya pasti jumpa di mana-mana Jamboree yang disertainya

Aiii .. awat lepas belakang ni

Rani Merida GIANT .melunjur turun laju niii tinggai orang rumah

Amboi ..pakat2 membantu .. utk alasan pasai lepas belakang

laluan pinang sebatang – papan sekeping

Saudara Nasron  ..buka klinik pebaik gerek .. dan lagi berduet dgn EZLYN (tak perasan la ..mungkin koi tembon kot)

9:21am - CP2

Lid Champ, Kapten Jamal, Putera Shariman dan Zamet(Alor Star Street Bike)

Bukit Judi ..! ramai jua yg tewas

Laluan ni kalau diterbalikkan ..wah bestnya

AWAS CERUN : ada juga rider yang ‘berderemen’ disini akibat kejatuhan

Cikgu Ismail – sahabat lamaku, yang berjumpa di JMJ ni.. sampai dah tak kenai – punya lama tak jumpa.

Susunan Hadiah yang menanti pada yang bertuah sahaja

Team Gerek Baru bersama MIZI Venzo dari Gerek Kulim

Kemenangan berganda Yap – medal dan Helmet

1 comment:

  1. Ada seseorang cakap: "The most ridable jamboree". True enough. rather easy for some riders. good for those prefer flat roads. a bit dangerous for DHers. Overall good penganjuran. cuma satu je; tandas kat Masjid tu penuh dengan orang. ala....

    ReplyDelete