Thursday, January 20, 2011

Mesyuarat Kedah DH Challenge 2011

Apabila XC dan DH serasi duduk sekali

Tarikh: 18 Januari 2011

Lokasi: Jamhusnor Sdn. Bhd., Jalan Gangsa, Alor Setar

Masa: 9.45pm

Seperti yang dimaklumkan terdahulu, Acara ‘Kedah Downhill Challenge 2011’  yang julong-julong kali akan diadakan di Kedah pada 05/06/2011. Ianya adalah pusingan  ke 3 Malaysian DH Super Series 2011 yang berpayung di bawah Malaysian Downhill Association(MDHA) sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengembangkan sukan Downhill di Malaysia secara teratur.  Acara ini akan disertai peserta dari seluruh negara bahkan ada yg pernah mewakili SUKMA dan juga Malaysia. Besar kemungkinan peserta dari luar negara spt Thailand dan Singapura akan turut hadir.

Penulis bersama sdr Adi Hariman dan Art TTBC telah dijemput oleh saudara Nasron utk sama-sama hadir bermesyuarat bagi menyumbangkan idea ke arah melaksanakan acara ini. Mungkin sedikit pengalaman penganjuran Kedah Jamboree(arghhh!) boleh diadaptasikan. Ia tidaklah terlalu ‘renyah’ utk melaksanakan tetapi bila pertama kali,  bebanannya agak besar dan berat jua hendak dipikul….. tetapi bak kata pepatah ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. maka …

Marilah kita sama-sama berdoa semoga acara ini dapat berjalan dgn jayanya dan seterusnya mengangkat martabat sukan berbasikal.

Rujukan lain: Mountain Bike Downhill Super Series

 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Sdr Nasron aka Lontruth(dua alam) .. kudapannya Pizza

Perghhh ..yummy .. Adi hang jangan dok komplen plak ?

Tuuuuu ….. Serius berbincang mengenai trek

No comments:

Post a Comment