Monday, July 26, 2010

Pagi Jumaat Di Wang Panjang

Tarikh: Jumaat 23/07/2010

Jam: 8.30am

Lokasi : Pusat Informasi Dan Kegiatan Basikal Bukit(MTB) Perlis, Bukit Ayer, Perlis

Rider: 8 Orang:

Team kami terdiri dari Pudin, Zaim, Fisol dan Alias manakala Team Perlis ialah Abng. Ronn, Sdr Din Tmn Hijrah, Syam &  Adi

Trial Wang Panjang terletak berhampiran Hutan Lipur Bukit Ayer. Jaraknya +- 13 km dari Kangar dan terletak di Kompartmen 9 dalam Hutan Simpan Bukit Bintang. Kawasan hutan lipur ini terdapat  Rimba Herba, Taman Primat, Taman Botani dan Taman Ular. Mempunyai beberapa kemudahan riadah.

Trial ini memang terkenal dikalangan rider Perlis dan pihak kerajaan negeri telah menganugerahkan  satu tempat kpd pihak Perlis MTB utk melaksanakan aktiviti mereka di sini.

Selama ini penulis hanya membaca mengenai trial ini dan bila menerima undangan dari Abang Ronn pasti peluang sebegini tak dilepaskan. Memang menarik..permulaan dakian yg agak memenatkan, melalui dusun buah-buahan dgn pemandangan yg cantik(musim buah la nii) dan yg paling best DH  yg sememangnya agak teknikal. Tidak hairanlah ramai yg memujinya dan penulis menarafkan 5 bintang utk trial ini.

Terimakasih kepada sahabatku 'Matju' kerana memberi serba sedikit maklumat yg berguna semasa kayuhan ini. Sekurang-kurangnya ada persediaan(beringat) pada tempat2 tertentu yg kalau tak berhati-hati .. alamatnya sakit lamaku akan berulang kembali(jatuh ler).

Kayuhan dikepalai oleh Abang Ronn dgn sweepernya 'aku' ler 

Dari Jalan besar memasuki laluan mini tar

Permulaan utk mendaki

Dah mula dah ... macam nak keluar balik nasik lemak yg makan tatsat.

Pit Stop Pertama .. berenti sat oooiiii.. aku dah penat ni.

Kawasan dusun ..buah moktan bergayutan

Cantik pemandangan. Musim buah-buahan kawasan telah ditebas dan dicerahkan

Geng ni pantang jumpa DH ..terjun tak brek dah ..

Tang ni Chon mesti brek punya dan turun angkat gerek.. takut kotor gereknya tu.

Alias yg daring berhati kering(Biasala: ex sojar)

Fisol(adik senu), jauh datang dari KL semata-mata nak kayuh di sini. Kayuhannya setanding Team Giant yg berbaju biru

 Laluan yg menarik lagi unik

Geng Perlis ni .. Din dan Adi


Utk makluman, semalam hujan turun dan menyebabkan laluan menjadi licin

AWAS jaga kpala anda

10:15 dah tamat kayuhan .. puas berkayuh di sini. Pasti ku datang lagi bersama beberapa ahli team kami.. 

No comments:

Post a Comment