Jam : 3.30pm
Mula: Kedai Redflag, Jitra, Kedah
Rider: 10 orang: Md Nasron, Jeff, Ai, Art TTBesi, Comelfz, Zaim, Zam KBS, Naim, Kapten Jamal & Pudin
Misi: Mencuba dan Menilai Laluan Baru
Bukit Kelubi kini menjadi salah satu tempat yang menarik untuk didaki oleh kebanyakan Team Jitra. Dakian yang mencabar dan DH yang panjang memang menarik ditambah lagi dengan pemandangan luas yang indah. Benarlah cetusan rasa Zn Gerek Baru.. walaupun perit tetapi kepuasan yang dirasa bila berjaya di puncaknya. Baru-baru ini team Nasrul telah menemui 2 laluan baru meneruni dari puncak(Rujuk Blog Lontruth)., peluang untuk sama-sama merasai kesedarpannya itu!
Kayuhan sebelah petang memang memeritkan, kepanasan dan kehilangan air yang banyak pasti menguji kemampuan diri dan mental anda, tidaklah seperti dipagi hari dengan kabus yang dingin, kudrat yang belum di gunakan lagi dan kepanasan matahari yang belum terik. (Nasihat penulis: Dakilah di pagi hari )
Kayuhan hari ini juga bukan setakat utk menguji bahkan untuk MENCIWI helmet Urge Endur O Matic. Rongga2 (double) laluan angin yang ada mungkin berfungsi untuk memusarkan angin masuk lalu dikeluarkan dibahagian belakangnya. Kita tunggu komen kesedarpan penggunanya nanti ...
Geng ni memang gigih mencari laluan. Denai dibelakang tulah laluan untuk memulakan dakian, bersedialah anda apabila tiba disini. Kecerunannya akan menguji kekuatan fizikal dan mental anda.
Kapten Jamal, bersedia untuk fasa kedua mendaki..
Apakah laluan ini akan menjadi sebahagian dari laluan Kedah Jamboree 2010 nanti? Kita tungguuu
Water point kah ini? backup motorcross dan 4x4 tersedia menanti.
Aduhhh! curam sangat ni, beberapa rider mampu menuruninya
DH ni best...
No comments:
Post a Comment