Friday, July 30, 2010

Ke Arah Kedah Jambore 2010 : Menjejaki Laluan Baru

Tarikh: 30 Julai 2010, Jumaat
Jam: 7.00 am
Mula: Redflag Cycle, Jitra Kedah
Rider: 6 Orang:- Jeff, Lontruth, Ai, Art TT Besi, Cikgu Fisol dan Pudin.
Laluan: Kota Mengkuang - Kaki Bukit Kelubi - Wang Tepus
Saudara Lontruth mengajak mencari laluan baru yang membolehkan satu jaringan laluan bersambungan di sekitar Bukit Bukau Jitra ini. Team mereka telah berjaya menjumpai laluan penurunan dari Bukit Kelubi sehingga ke Kota Mengkuang pada minggu lepas (tidak hadir kerana ke Wang Panjang) bagi menilai laluan penurunan tersebut. Dari laluan penurunan inilah pencarian dimulakan setelah mendapat makluman bahawa ada laluan sehingga ke Wang Tepus. Laluan ini telah dicerahkan oleh peneroka untuk projek tanaman getah. Kelebihan ini banyak membantu pendakian dan pencaian kami. Laluan ini berjaya dicari dan dihubungkan sehingga ke 'Trek Balak' (Laluan Kedah Jamboree 2009 lalu).
Laluan ini akan menjadi  sebahagian dari cadangan dan pilihan untuk KEDAH JAMBOREE 2010 nanti.
7.15am hujan renyai - menanti Cikgu Fisol
Mini Tar Kota Mengkuang: Bukit nun dibelakang sana akan kami terokai.
Permulaan penjelajahan. Minggu lepas gang ini turun dari atas sana melalui sini. Nampak seperti rendah sahaja. Dimaklumkan bahawa 2 orang rider jatuh akibat kelajuan semasa DH.
Tudia Sweeper kami hari ni ...
La Tak Habih tolak lagi .. ish ish ishh .. takpa DH satgi dia la di depan kami. 'Hero Hindustan', alah dulu, menang kemudian. bersusah dahulu bersenang kemudian.
Dari kiri: Cikgu Fisol, Lontruth, Art TT Besi, Jeff dan Pudin.sedang menikmati keindahan alam ..lihat ada kabus
Pencarian kami tamat sehingga sini .. kiri gambar anda akan ke Trek Balak .. ke kanan akan turun ke Wang Tepus.
Mendaki tangki air Kota Mengkuang
Randuk semak utk mencari laluan baru
10.40am selepas minum dah balik dah .. 

No comments:

Post a Comment