Tuesday, July 27, 2010

Berbekam Di Malam Nisfu Syaaban

Tarikh: 14 Julai 2010, Isnin Malam Selasa

Jam: 10.30pm

Lokasi: Rumah Ustaz Raja Azriffudin

Rider: 7 orang

Dari Ibnu Abbas ra, sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
“ Sebaik-baik ubat adalah berbekam kerana ia menghilangkan penyakit pening kepala, meringankan pinggang dan mencerahkan mata”.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, sabda Nabi saw yang bermaksud,
“ Semasa aku berjalan pada malam Isra’ bersama para malaikat, mereka selalu berkata : Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam, barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah Taala”.

Cadangan utk mengayuh malam ini terbatal krn hujan yg turun. Ust Raja membawa usul tergempar bagi di buat acara berbekam di rumahnya. Seramai 7 orang rider dari team Gerek Baru menghadirkan diri di majlis tsb dan 4 orang bersedia menyerahkan tubuh mereka utk dihisap darahnya dari tabib Ustaz Zakaria Ahmad.

Apa itu bekam : KLIK SINI

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa berbekam pada hari ke 17 dan 19 serta 21, maka dia akan mendapat kesembuhan dari segala macam penyakit" :
(Riwayat Abu Dawud dalam Shahih Sunan Abi Dawud).

Wallahu a’lam


Senu merelakan dirinya di bekam oleh Ustaz Zakaria (HPA)


Tiada torehan tetapi guna Accucheck



No comments:

Post a Comment