Wednesday, July 14, 2010

Bukit Kelubi: Kayuhan Malam Hari

Tarikh: 13 Julai 2010, Selasa

Masa : 8.30pm

Tempat: Hadapan Taman Tunku Sarina, Jitra, Kedah Darul Aman

Rider: 8 Orang: Nasrun, Jeff, Art TT Besi, Art IKBN, Kapten Jamal, Zn Al Haron,  Art Public Bank & Pudin.

Seperti yang telah dinyatakan bahawa Bukit Kelubi sudah menjadi tarikan baru kpd team Jitra. Lupakan sementara Trial Jati Perik yg menjadi venue utama kayuhan malam team Jitra  sebelum ini. Walaupun berbagai cerita mengenai kemistikannya dan  ancaman binatang liar pedulikan kerana  ia bukanlah satu halangan kpd kami  demi utk menikmati keindahan malam di 'Puncak Jitra' setinggi 350m itu.

RAsanya inilah kayuhan malam julong kali diadakan disini .. kerana sebelum ini asyik tergendala saja

Art IKBN dan Zn Gerek Baru kini sentiasa bersemangat utk kayuhan malam (memang teruja dgn Bukit Kelubi)

Bersiap sedialah anda semua, tukar siap-siap gear yg sesuai kerana permulaan pendakian bermula dgn kecerunan hampir 45 darjah. Jika anda mempunyai kemampuan fizikal yg hebat, dicadangkan bawa gerek DH, biarlah bersusah-susah dahulu membawa bebanan utk mendaki tetapi kepenatan akan berbaloi semasa penurunannya ..PUAS ..

Pendakian dan penurunan adalah melalui laluan yg sama kerana jalannya menarik dan  selamat.

Menikmati keindahan alam. Jelas kelihatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Gunung Jerai, keseluruhan pekan Jitra dan sebahagian Alor Setar. INDAHNYA ALAM,  dgn angin malam menghembusi diri ditambah dgn aroma berbagai bau-bauan membuat diri terpaku sejenak.

Lihat ! Kan dah kata terpaku,  siap nak meratib lagi..  baju biru adalah khalifahnya.


Kayuhan berikutnya akan lebih terancang,  siap nak naik masak dan minum kopi RADIK(sponsor) sambil menikmati alam. 

Ayuh kawan-kawan yg berminat .... SILA O SILA .... 

Rehat seketika ... Harap2 sempatku  balik utk bersama ke Thompson Trial



No comments:

Post a Comment