Monday, July 19, 2010

THOMPSON TRAIL 2010


Tarikh  :  Sabtu, 17 Julai 2010 
Jarak   : ± 45 km   
Max Elev :   1,422 meter 
Tempat: HABU, Cameroon Highland
Trailname : Thompson Trail
Anjuran: Danish Adventure Event Management (DAEM)
Goodies: T Shirt, cap, Penginapan (RM45.00)
Coordinate: N4° 26.420’ E101° 23.319’

Biarkanlah  Jim Thompson tu hilang atau dimakan binatang buas atau telah bertukar identitinya (Ex CIA ! tu) kerana bukan dia yang kita cari tetapi kepuasan kayuhan di laluan sekitar Banjaran Titiwangsa di Tanah Tinggi Cameroon.

Dalam mencari kepuasan itulah hampir 130 orang peserta memulakan kayuhan dari Habu pada jam 8.15 am.  Permulaan kayuhan atas jalanraya yang menghala ke Ringlet sebelum memasuki laluan simen dan offroadnya. Perjalan melalui kebun sayur yang menjadi laluan keluar masuk land rover. Selepas DH yang panjang(naik lengoh kaki & tangan) memasuki beberapa perkampungan orang asli dan seterusnya mendaki (Ni kot namanya Bukit Meluat .. laluannya simen yangg licin kerana lumut ..meluat sungguh di sini) selepas tu ada FP pulak (disediakan minuman lengkong) dan seterusnya mendaki lagi dalam ladang teh sehingga ke puncak (uhhh..pendakian yang mencabar mental disamping masa yang sudahpun lewat) sebelum penurunan kembali ke Habu.

Konsep fun ride menyebabkan aku sudah bertekad untuk berkayuh secara santai. Masa diambil di beberapa tempat bagi menikmati alam, membantu dan melihat rider yang mengalami masalah mekanikal, bertemu dengan penduduk orang asli, bersembang dengan rakan, mandi di Ayer Terjun dan  menilai kemusnahan alam akibat kerakusan manusia meneroka CH. (Tidak hairanlah Karam Singh Walia sering memfokuskan CH dalam laporannya).

Layan gambar dan coretanku:-  Klik untuk gambar di Picassa

Perjalan bermula pada 11.15am Hari Jumaat disertai oleh Abang Ronn, Zn. Gerek Baru dan aku. Sdr Tandope adjust makan Tengahari 'Bawal Goreng' panas di Gerai Kak Mah dan Abg Din. Lokasinya di belakang bangunan di Juru, memang sukar untuk mencari tetapi wow ! ramainya pelanggan

Di tapak permulaan.. Fisol, Zn Gerek Baru,  Team Redflag dan wakil KBS (Alan & Zam)

 

Team Giant: - mereka menamat kayuhan dalam masa lebih kurang 3 jam sahaja. Hebat!

Cucu Atok pun ada jugok

8:15am : Start Kayuh. Kelihatan Man Bank Rakyat, Art TT Besi dan Abang Ronn

Pagi2 dia ni wayar longgar sikit. 

Team Great Adventure: Kayuhan ini sebagai satu latihan untuk pendakian Gunung Kinabalu dalam bulan Oktober nanti.

Abang Ronn .. Wakil Perlis MTB

Nasir

Sdr. Suhaidi dari Team CELCOM

Art Public Bank mengalami kerosakan mekanikal(bukan fizikal)

CP1 ..Lontruth dok bagi kuliah pagi

Bermulanya DH yg panjang,  bagi Nasir - kacang jer (pengalamannya dalam arena motocross membantu DH yg xtrem - naik hardtail lak, gerunku melihatnya) 

Zn dan rider cilik. Berani rider Jr ni,  DH laju dari yg lebih senior

 

Semangat bantu membantu ..eh.eh ..sapa tolong sapa ni

Bersama rider cilik, adik Megat Imran .. anak saper tu?

Anak-anak orang asli , berani main jauh-jauh ni. NAsib baik ada bekalan gula-gula utk  diagihkan kpd mereka(TQ Cik Dope)

Diperkampungan Orang Asal

Di hadapan Sek Keb. Menson bersama Man dan ZAM.

Zam sempat cari air utk mencuci basikal selepas bergelumang dgn becak tadi. Kelihatan Man dan Qayyum menunggu giliran. Dari sini kami bersama mengayuh..basikal Qayyum menghadapi masalah gearing dan rim bengkok.

1:20pm di FP pekena Lengkong .. Sebelum tu sempat mandi di Ayer Terjun .. Tok Megat kata sungai di Cameroon Highland walaupun ayernya jerneh namun berhati-hatilah kerana kemungkinan pencemaran baja boleh berlaku: Jangan sesekali minum ayer dari sungai di Cameroon Highland

2:54pm: Di ketinggian 1422meter, menikmati teh BOH yang ada UMPPMMHH bersama Adi dan Tandope. Walaupun harga RM12.00 seteko, namun kenikmatan meminummnya tak sama seperti di rumah atau lain2 tempat. BESTTT.... itulah santai namanya

BERSESUAIAN DGN KONSEP FUN RIDE, ITULAH SEBABNYA KAYUHAN KALI INI PELUANG BERSANTAI DIAMBIL BAGI MENIKMATI SEGALA PELUANG YG ADA..

Minta maaf sahabatku kerana lambat menunggu kehadiran kami

No comments:

Post a Comment