Thursday, July 01, 2010

KUBU - Monumen Yang Terbiar


Kubu-kubu pertahanan telah dibina oleh pihak Inggeris sejak tahun 1940an kononnya bagi mengekang kemaraan Tentera Jepun semasa era Perang Dunia Ke-2. Ianya dibina di beberapa tempat strategik spt berdekatan Lapagan Terbang Kepala Batas, Alor Setar, Tepi sungai Di Sungai Petani dan lain-lain lagi.

Terdapat 26 buah kubu yg di bina di Kedah. Ianya dibina kerana Inggeris menganggap bahawa Jepun akan menyerang melalui Siam. Kubu-kubu ini tidak pernah digunakan dan pembinaannya tidak bersesuaian kerana dibina di tanah rendah dan sentiasa dilinangi oleh air.

Kebanyakan kubu ini berbentuk Hexagon kecuali dibeberapa tempat yg berbentuk empat segi dan besar

Kubu di hadapan kolej kediaman pelatih TUDM

Kubu di Lorong Idaman 6 -Jalan Naga, Kepala Batas, Jitra 

Kubu di Lorong Idaman 7 - Jalan Naga, Kepala Batas, Jitra

Km 9, Jalan Hutan Kampung, Alor Setar

Kubu ini sudah tiada lagi - sebelum pembinaan jalan Alor Setar - Kepala Batas

Kubu ini berada betul-betul di hadapan rumahsalah seorang rider MTB ... Titi Besi

Dia kata sapa nak beli kira kilo mai la ..nak pecahkan separuh mati oooo

SAYANG SEKALI, SUATU PEMBINAAN LAMA YG TERBIAR DAN DISIA-SIAKAN

1 comment:

  1. tak bgtau pun masa mesyuarat tingkap tempohari,,,
    kat depan tak nampak,,,
    pasti kat belakang niii,,,

    ReplyDelete