Tarikh : 04 Julai 2010, Ahad
Mula : Balai Polis Kaki Bukit, Perlis.
Mula : 5.30 Petang
MISI :Pendakian Wang Kelian hingga ke sempadan
MATLAMAT: Verifikasi Stamina & Kecergasan
Tiada aktiviti kayuhan sepanjang minggu ini, dengan jemputan dari Abang Ronn untuk kayuhan ke Wang Kelian bagaikan orang mengantuk disorangkan bantal pulak. Walaupun belum lagi hilang letihnya kerana baru saja tiba dari Kuala Lumpur.
Seperti biasa, Art & Art akan bersama mengiringiku ke sana. Beberapa ahli Perlis MTB telah sedia menanti apabila kami tiba, antaranya Abang Ronn, Cikgu Fikri, Tuan Aznam, Tuan Meor, En. Shuib, Sdr. Suhaizi, Sdr. Shidee dan Pak Long (cameraman & kereta bantuan)
Tudia, dah mula mendaki ...
Abang Ronn .. setelah sekian lama tak mengayuh!
Pendakian dgn kecerunan hampir 25 darjah
Likuan 'S' .. yang harus dilalui
NO MAN'S LAND ..misi kami hingga ke sini..
Kayuhan hari ini adalah untuk menguji tahap stamina dan kemampuan kami setelah sekian lama tak mengayuh secara serius. Juga sebagai persediaan ke arah Thompson Trail nanti.
No comments:
Post a Comment