Tarikh : 19 Jun 2017
Jarak : 2.00 km
Coordinate: (N6.25310° E100.44557°)
Lokasi : Darulaman Trails, Darulaman Hills , Bandar Darulaman, Jitra, Kedah, Malaysia
Denai Taman Tunku Intan Safinaz (TTIS Trail) terletak disebelah timur Darulaman Hills (bersebelahan dengan perumahan Idaman dan perkampungan). Sebahagian dari laluan ini pernah menjadi trek Girl & Women Jamboree 2012. Ia sejauh 2km dan digabungkan dengan beberapa denai lainnya bagi mewujudkan lingkaran bersambung (loop) sejauh 5.7km sesuai untuk aktiviti hiking dan Trail Running (Larian Denai)
Pembangunan trail ini dilakukan setelah mendapat lampu hijau dari CEO BDB supaya dipanjangkan lagi trail sedia ada, maka pada 31/05/2017 saudara Md. Nasron dan Apit(Hafiz) memulakan tinjauan trek. Terkejutnya mereka, kawasan sekitar sudah dipenuhi dengan pokok kacang gila (sejenis kekacang penutup bumi) dan tumbuhan lain. Maka tinjauan dilakukan dengan amat berhati-hati sekali, setiap langkah diatur dengan tertib sambil mulut kumat kumit membaca doa apa yang patut. Semak yang tebal diredah sambil menebas, denai dibuka jalan ditanda. Setiap sudut bukit diteliti untuk melihat potensi. Seterusnya Trailbuilders masuk membuat kerja, semak mula ditebas, laluan dicuci. Walaupun puasa ia bukanlah alasan melengahkan kerja, berbekalkan kudrat dan semangat, komitmen kerja diteruskan demi memikul tugasan.
Graf Elevation TTIS Trail (2km)
Denai larian bermula dari GATE 1 (iaitu pintu masuk mula di bahagian utara bukit, berdekatan pondok pengawal Suasana Permai) dengan menempuhi Pak Guard Trail sejauh ±270 meter belok ke kiri lalu masuk ke kepala denainya (trail head). Denai ini menyajikan laluan yang ada menaik dan sedikit menurun, dimesrakan dengan alam, pepohon tinggi teduh menaungi, sesekali kera dan unggas menyapa dilaluan sambil melompat-lompat antara dahan. Direncahkan lagi dengan halangan semulajadi untuk menyedapkan rasa berlari. Batang-batang pokok tumbang sengaja dibiar menghadang, bonggol dan banir sengaja dibiarkan. Selepas turun dan naik, denai ini masuk semula ke Pak Guard Trail dan seterusnya ke DATARAN hingga ke puncak di ketinggian 110 meter lalu memasuki Ciu Ciu Trail , memasuki Billboard Trail sambil melintas ‘titik pandang’ (view point – Darulaman Hills) yang menjadi mercu tanda dan pot berswafoto (dek View Point sedang dalam pembinaan) diakhiri di Bola Golf Trail dan keluar ke tarmac (Persiaran Indah) dan ada lagi 700 meter untuk ke tempat permulaan (GATE 1)
Graf Elevation Trail Running (5.7 km)
Hati-Hati: Semak menebal
Kerja-kerja permulaan: menebas laluan
‘Madu 3’ di Section Aral Melintang
‘Batang Bertindih’ nama diberi
Batang-batang kayu tumbang yang dikekalkan sebagai cabaran
kaki tak sampai
Alam & Haiwan: Seperti spesis tupai terbang ?
Udah cerah: Dulu ini adalah trek gugirls
The Wall : antara section menarik yang ada di Darulaman Trails
Bola Golf Trail
EXIT : Laluan Keluar ke kampung berdekatan (N6.24961° E100.44695°)
Laluan di kampung .. di sana ada mini tar yang membolehkan ambulan/bantuan kecemasan hampir ke denai
No comments:
Post a Comment