Saturday, June 10, 2017

Darulaman Trails: Menaiktaraf Taman Basikal Yang Dilupa

Tarikh  : 10 Jun 2017
Jarak   :  5.7 km (loop)
Coordinate: N6.24825° E100.44472°

Lokasi  : Darulaman Trails, Darulaman Hills (Bukit Nara), Bandar Darulaman, Jitra, Kedah, Malaysia

GOPR3275

* Nama BDB Bikepark ditukar ke Darulaman Trails kerana tidak mahu terikat dengan satu konsep sahaja kerana ia juga mempunyai denai larian dan hiking.

Darulaman Trails terletak lebihkurang 10 minit perjalanan dari Jitra atau sejauh 4.5km. Terletak dilokasi strategik kawasan penempatan Bandar Darulaman Jitra. Ia dikelilingi oleh Taman perumahan seperti Taman Tunku Sarina, Taman Tunku Intan Safinaz dan Darulaman Golf Country Club (DGCC).

OI000129

Laluan yang teduh dan cantik

Trek ini bukanlah baru, sejak tahun 2010 lagi kami sudah meneroka dengan memugar bukit  mencari denai buat mencari trek yang lebih mencabar setelah ingin keluar dari trek-trek kebiasaan. Disinilah keyakinan kami diterapkan, kemahiran diasah dan keseimbangan dipraktikan. Beberapa acara besar pernah diadakan seperti Darulaman Downhill ( MDHS series 3) pada 29 Mei 2011, Darulaman Jamboree pada 30 Januari 2011, Girl & Women Jamboree pada 01 Dis 2012, MTB Gerek Challenge pada 11 Mei 2013 dan lain-lain acara tak rasmi.

20170524_185339_001

Section ‘Tulang Dinasour’ di Trail DATARAN yang menguji keseimbangan

Setelah beberapa tahun, ianya kembali sepi dari kunjungan penunggang MTB, treknya mula menjadi usang, rumput-rumput mula meninggi. Trek berprestij menjadi pilihan. Tetapi harapan untuk melonjak namanya kembali cerah. Tup-tup ada khabar gembira  dari pihak Bina Darulaman Bhd(BDB) yang mengusul dibina sebuah taman basikal yang tersusun. Mengiakan dengan tawaran, lantas saudara Md. Nasron aka Lont mengajakku untuk mencari maklumat ke arah merealisasikan projek ini. Kami mula meredah bukit untuk plot laluan cadangan, menggodek maklumat di dalam arkib komputer  dan seterusnya menyediakan maklumat asas lalu diserahkan kepada pihak BDB. Hasil dari maklumat tersebut (itupun setelah beberapa kali tinjauan oleh pihak mereka), maka pihak BDB bersetuju untuk menawarkan projek pembangunan ini.

03 April 2017, saudara Md. Nasrol meredah bukit membuat ‘tanda’  sambil meninjau potensi trek. Secara rasmi kerja-kerja pembangunan dianugerahkan kepada syarikat Jamhusnor Sdn. Bhd. bermula 15 April 2017. Projek dimula dengan memberi tumpuan kepada pembangunan walking trial dan laluan basikal(XC dan DH).

Trailbuilders

Trailbuilders: Dari kiri Sunny BMX, Md. Nasron(perancang), Apit(pegang cangkul),  Baim, Zam Hamid dan Jerot Djk

Pada awal pembikinan, pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi seperti tiadanya orang yang berpengalaman untuk memandu jentera, hujan yang turun setiap hari, semak samun yang agak tebal dan lain-lain lagilah. Tempoh hingga 31 Ogos 2017 masa diberi dan dengan sentuhan trailbuilders berpengalaman lagi bertenaga seperti saudara Zam Hamid (beliaulah antara yang giat membangunkan trek ini satu masa dahulu) saudara Sunny BMX (seorang penunggang BMX terkenal dan pernah terlibat dalam aktiviti,pembangunan/even BMX) Bain @ Mohd. Ibrahim, Apit dan Jerot Djk, ditambah dengan doa dan sokongan sahabat akhirnya lahirlah beberapa trail asas iaitu:-

Nama Trail

Jarak

Aktiviti

1. Pak Guard Trail

680m 

Hiking, trail running, cycling, enduro

2. TTIS Trail

2,000m 

Hiking, trail running, birdwatching

3. DATARAN

430m 

Parking, walking, trail running, cycling, DH

4. Ciu Ciu Trail

570m 

Walking, trail running, cycling

5. Billboard Trail

1,100m 

Walking, trail running, cycling,

6. Bola Golf Trail

300m 

Walking, trail running, cycling,

7. Downhill(DH) Track

1,300m 

Walking, trail running, cycling, DH

8. Nature Trail

430m 

Walking, trail running, DH

   TARMAC

700m 

 
             

Darulaman Trails

Trek-trek ini bersambungan dengan trek tertentu bagi mewujud satu jalinan laluan yang lengkap untuk aktiviti berbasikal, trial running, hiking dan DH. Terdapat uplift bertar sepanjang 365 meter dari bawah(GATE 2) ke Dataran (kawasan lapang di atas bukit).

Terdapat 3 pintu utama untuk akses ke trail-trail ini iaitu:-

GATE 1 (Utara) yang menjadi pintu masuk utama ke trek (berdekatan Guard House)

GATE 2 (Barat)  akses minitar uplif ke DATARAN

GATE 3 (Selatan) Terdapat akses trek sejauh 160 meter  untuk akses ke  Billboard Trail

Insyaallah trek ini akan digunakan untuk beberapa acara besar anjuran pihak BDB disamping dapat digunakan oleh penduduk sekitar untuk aktiviti riadah.

P5241914

Diharap dengan adanya taman basikal ini boleh memberi peluang masyarakat melakukan aktiviti harian melalui basikal, hiking, berlari atau berjalan kaki, mengelakkan salahguna bukit ini oleh pihak tertentu dengan kegiatan yang tidak diingini, menjauhkan penempatan pendatang haram dan aktiviti lain yang bercanggah dengan undang-undang. Secara tidak langsung akan dapat meningkatkan bilangan penunggang basikal untuk menjalankan aktiviti harian dengan selamat dan tunggangan yang ‘berkesan’.

(27593) OI000153

Selepas siap dibina trek akan diuji sendiri oleh Trailbuilder bagi memastikan kesesuaian dan keselamatan

P5242072

Di Section Usus

…..Bersambung

3 comments: