Trek yang dibina oleh rakan-rakan Downhiller ini memang best. ia terbina hasil dari pengalaman dan pengamatan mereka ini yang pernah menyertai pelbagai kejohanan Downhill samada di dalam atau diluar negara. Apa yang aku perhatikan, laluan dibina untuk ‘menyusahkan’ lagi rider. Namun itu adalah cabaran. Ciri-ciri keselamatan memang dititikberatkan. Setiap corner, jump dan laluan akan diuji, diuji dan terus diuji agar ianya selamat dan mampu dilakukan oleh geng penerjun ini.
Aku di arena XC, terus terang aku beritahu bahawa aku bukanlah ‘berhati kering’. Sememangnya beberapa terjunan dan laluan tak akan aku berani ambilnya. Tetapi dengan adanya trek ini dan basikal yang sesuai satu hari nanti aku akan mencuba jua trek Darulaman Challenge ini.
Sebelum kejohanan bermula, maka sudah pastilah beberapa team akan datang untuk ‘menserasikan’ trek ini dengan mereka. Baru-baru ini team dari Penang(Giant Dreamwerkz, Team Power Love, team Tokun Rockstar) dan dari Taiping datang untuk mencuba trek ini. Mereka akan datang lagi pada hujung minggu nanti dan akan datang lagi pada hari kejohanan bermula. Kenapa? kerana mereka merasakan trek yang dibina ini adalah trek baru dan agak unik dari lain-lain Trek yang ada.
Team GIANT Dreamwerkz dan Team Power Love
Team dari Penang sedang berbincang mengenai cara dan laluan yang harus dilakukan di kawasan ‘rock garden’ ini.
Itu dia hasilnya
No comments:
Post a Comment