Tarikh: 21 Mei 2011, Sabtu
Lokasi: Belakang Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, Perlis
Rider: 20 Orang
Dimana Ada Rintangan Disitu Ada Cabaran
Hujan yang turun diawal pagi tidak menghalang kami untuk beraksi. Aku tidak peduli, aku punya 2 misi. Kalau tak jadi kayuh aku ke mesyuarat Alumni. Apabila lampu hijau diberi oleh Che Azli (GB Team) untuk teruskan kayuhan, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Masa untuk ‘menciwi’. Peluang menguji dan merasai keenakkan dan keempukan T-Rek.
Setahun lebih aku tidak ke sini. Nampaknya pembangunan sudah mula menapak. Cuba untuk mengingati jalan-jalan yang pernah ditempuhi semasa RUN’10 dahulu. Masih penat mendaki bukit aircond yang perlu mendaki, mendaki, mendaki lagi dan terus mendaki. Penurunan dari sini sememangnya menarik. Ternyata ekor lembut banyak membantu. Prestasi tidak menghampakan. Dengan sistem ABP(Macam ABS kot.. he he) .. kesan membrek menjadi lebih sempurna, DH yang laju, lancar dan lebih stabil. Ia memberi keyakinan kepada penunggangnya. Pendakian dikawasan berbatu menjadi lebih stabil. Tiada lagi masalah ‘pedal bob’ atau ‘monkey motion’. Penyerap hentakkan depan dan belakang bermain serentak, mendaki bukit tidaklah sesukar seperti diperkatakanan, yang penting adalah.. kudrat dan dibantu dengan teknologi. Apa yang boleh aku katakan …SEDARPPPPPPP . Hanya jauhari mengenal manikam.
Lagi gambar di FACEBOOK
Dari kiri Nasron, Amli, Ai, Chan, Pudin, Jie/fikri, Ustaz Raja, Art IKBN, Che Azali, Bakar, Cipot Fitri, Zahir, Nasir, Syed, Zaim, Am, che Wan, Nazri, Them dan Abang Ronn
8:10am memulakan kayuhan – Nasir, Am sibudak changloon dan bro Them
MARA terus mara – Che Azali GB team
Bro BAkaq dok tengok cara BAng Ronn terjun ngan BMC baru
Fuhhh sedarpppp .. lain kali naik tang DH, baru tau nikmatnya
Laluan kepada pembangunan
Chewah .. up
Berkaparan basikal
Bergambor di CP2
Bro Them ..semakin mantap prestasi
Jangan ‘pedo’ ustaz ..lepas brek
No comments:
Post a Comment