Tarikh : 27 Oktober 2018
Trail : Ladang Jati, Perik, Kuala Nerang, Kedah DA
Rider : 06 Orang
Jarak : 25 km
Max Elev. : 160 meter
Coordinate : N6.33297° E100.55192°
Maps Link : https://goo.gl/maps/bGrdscfaexJ2
Lebih dari sedekad yang lalu, Trek ini menjadi antara trek pilihan geng Redflag Jitra (yang dipelopori oleh Abang Ai, Jem, Md. Nasron,, Chomel FZ, Wan Bliz dan lain-lain lagi) pada setiap hujung minggu dan malam.
Apabila trek-trek baru mula dibuka seperti CP3, Jati Gajah Teriak, Hosba, Bukit Kelubi dan lain-lain lagi, trek ini semakin dilupakan. Apatah lagi apabila berita terjumpanya tapak kaki harimau disini.
Trek ini terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Perangin. Ia adalah kawasan tanaman jati yang diusahakan oleh Jabatan perhutanan. Ada beberapa trail yang diexplore oleh geng Redflag dan jarak antara 14 – 18 km sahaja (loop).
Setelah hampir 5 tahun tidak mengayuh di sini dan bagi mengenang dan mengingati kembali trek ini disamping menggalak semula sahabat lama untuk aktif, aku mengatur satu kayuhan ke sini. 6 orang sahaja yang menyahut kayuhan hari ini iaitu aku, Adiharriman, Sharul Nizar Airod, Hashim(Jazkun Mazkun), Cikgu Azhan dan Dr. Shukri (1st time kayuh sini). Trek kelihatan usang dengan jalan dipenuhi daun-daun jati yang luruh, hakisan air membuat laluan semakin mendatar dan kurang mencanak. Hujan semalam membuat lopak air dan ada tempat perlu berhati kerana pasir yang boleh membuat melarikan tayar basikal. Beberapa air terjun mini juga kelihatan. Kami naik hingga puncak dan tidak turun ke arah klinik sebaliknya kami turun ke arah kampung Labi (tidak jauh dari Puncak Janing) dan balik melalui jalan raya sejauh ± 15km (Adusss …)
Parkir kereta yang luas bersebelahan Sek. Kebangsaan Perik
Permulaan pendakian. Kelihatan ada penghadang dan laluan baru ditolak
Ada mini waterfall lah
Hashim – masih istiqomah dengan MTB
Jaga-Jaga ! Jalan berpasir boleh menggugat kawalan
Dr. Shukri – pertama kali kayuhan disini .. Satu cabaran juga baginya
Di bawah rimbunan bamboo
No comments:
Post a Comment