... BERSAMBUNG
Tarikh : 09 Mac 2019
Misi : Day 02: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh : 7H6M
Lokasi : Thác Bản Giốc, Trùng Khánh District, Vietnam.
Coordinate: N22.85126° E106.72353°
Google Maps: https://goo.gl/maps/2nFRNtTkp5n
Tidak jauh dari Bản Giốc waterfall (± 500 meter) ada sebuah bukit yang menempatkan sebuah pagoda yang menjadi titik pandang untuk melihat air terjun Bản Giốc secara luas. Ia berada di atas gunung Phia Nhu dan dikenali sebagai Trúc Lâm Phật Tích Pagoda. Pagoda ini dikatakan menjadi kuil pertama di kawasan sempadan utara. Ia dibina dengan gaya senibina Vietnam yang tulen, termasuk: three-door gate, bell tower, drum dan Tam Bao, church worship, model church, temples of national heroes, Nam Viet Hung Vuong Kings, rumah tamu dan lain-lain lanskap yang bersesuaian.
Pembinaan pagoda ini bermula pada bulan Jun 2013, dengan kos kira-kira 18 bilion VND (857,000 USD) yang disumbangkan oleh individu dan pertubuhan tertentu. Mempunyai kawasan seluas 3 hektar, terletak di lereng selatan yang menghadap ke air terjun Ban Gioc.
Selepas lebih setahun pembinaan, kuil itu dirasmikan oleh President Truong Tan Sang (preseiden ke 7 Vietnam: 2011 – 2016) pada 15 Disember 2014 . Pagoda ini telah menarik perhatian ramai pelawat ke Cao Bang setiap tahun dan merupakan destinasi kegemaran bagi pelancong domestik dan asing (terutama penganut Buddha). Ia dibuka kepada pelawat sepanjang tahun tanpa dikenakan bayaran.
Kami meletak motosikal di kaki bukit berdekatan pintu gerbang (parkir VDN20,000) dan mendaki jalan simen sejauh ± 600 meter untuk sampai ke puncak. Dari atas sini gambaran penuh air terjun dan lembah sekitar yang indah serta dilatari gunung batu kapur dapat dilihat . Subhanallah ….
Pemandangan Lembah dan kampung dari pagoda
BERSAMBUNG …
Pautan Kembara Berkaitan
01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 - Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 - Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay
No comments:
Post a Comment