Misi : Day 01: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh : 7H6M
Lokasi : Hoàn Kiếm Lake, Hanoi, Vietnam.
Coordinate: N21.02901° E105.85213°
Google Maps: https://goo.gl/maps/vGcK4WkWA5N2
BERSAMBUNG ….
Hoàn Kiếm Lake
Hoàn Kiếm Lake adalah sebuah tasik air tawar seluas ± 12 Ha yang terletak di tengah Kota Hanoi. Mempunyai sejarah yang agak panjang (sejak dinasti Ming). Ada keunikkan di tasik ini yang tidak kedapatan pada mana mana tasik lain di Vietnam. Airnya yang kehijauan dengan warnanya yang dipengaruhi oleh cuaca dan pantulan bayangan langit. Kononnya terdapat kura-kura di dalam tasik ini (yang tidak ditemui di mana-mana tasik di Vietnam). Tasik ini juga menjadi tempat suci untuk memelihara kura-kura.
Tasik ini juga dikenali sebagai "Lake of the Returned Sword" atau "Lake of the Restored Sword" karena menurut legenda, di tempat inilah pedang Thuan Thien dipulangkan kembali oleh Le Loi (Raja Vietnam) kepada Raja Naga (Long Vuong) melalui seekor kura-kura raksasa yang muncul di tasik ini. Le Loi adalah Raja Vietnam yang berhasil membebaskan Vietnam dari kekuasaan China pada tahun 1428,dengan menggunakan senjata Thuan Thien yang diperolehinya dari tasik ini.
Thap Rua
Google Maps: https://goo.gl/maps/hwqz5xNEXh72
Lagenda tentang kura-kura ini sangat kuat mempengaruhi pemikiran dan kehidupan masyarakat disini hingga sebuah menara dibina untuk memperingati lagenda ini. Berdiri tegak dengan damai di atas sebuah pulau kecil di tengah tasik dan di kenali sebagai Thap Rua atau Turtle Tower (Menara Kura-Kura).
Tasik ini menjadi kebanggaan penduduk Hanoi dan menjadi kawasan rekreasi dan sangat meriah pada malam harinya disamping menjadi kawasan tarikan pelancong.
The Huc Bridge
Google Maps: https://goo.gl/maps/KGbWKjEYAtj
Di sini juga terdapat sebuah lagi pulau kecil dan ia dihubungan sebuah jambatan kayu berwarna merah yang menjadi ‘landmark’ di sini. Jambatan yang melintas tasik ke pulau yang terdapat sebuah kuil iaitu Ngoc Son. Jambatan ini di kenali sebagai The Huc Bridge atau jambatan merah atau Jambatan matahari terbit. Ia dibina dalam tahun 1865 semasa pemerintahan King Tu Duc. Ia dibina melengkung dan berbentuk seperti udang. Muka jambatan dibina menghadap ke timur untuk mendapat/mengalu-alukan cahaya matahari pagi, yang dianggap sebagai simbol dewa Matahari. Ia dicat dengan warna merah kerana merah adalah warna kehidupan, melambangkan kebahagiaan dan keinginan. Jambatan ini kelihatan indah sekali terutama pada pada waktu malam dimana cahaya lampu dipasang bagi menaikan keindahannya. Bayaran masuk adalah sebanyak VND20,000.00.
Menara Hoa Phong
Google Maps: https://goo.gl/maps/9ZEYsPgSgPt
Menara Hoa Phong sering dikelirukan sebagai sebahagian dari Thap Rua atau Turtle Tower. Ia sebenarnya adalah sisa Bao An Pagoda - kuil yang paling indah di Hanoi pada abad ke-19. Kuil ini dimusnahkan oleh Perancis pada tahun 1888 bagi mendapatkan tanah untuk pembinaan pejabat pos Hanoi.
Hop On Hop Off HaNoi
Satu cara untuk melawat Kota Hanoi adalah dengan menggunakan perkhidmatan Bus Pelancong dua tingkat yang dikenali sebagai Hanoi City Hop on - Hop off. Perkhidmatan ini bermula dari dataran Dong Kinh Nghia Thuc - Tasik Hoàn Kiếm dengan bersiar sekitar kota Hanoi dan boleh berhenti di mana-mana 11 perhentian. Bas ini dilengkapi dengan ulasan audio pelbagai bahasa (termasuk bahasa Melayu – pelancong akan diberi earphone untuk dicucuk ke jack), buku panduan percuma dengan peta. Perkhidmatan fleksibel dari 48 jam sehingga min 2 jam. Pelancong boleh turun diperhentian untuk mengambil gambar. Memandangkan kesuntukan masa, kami mengambil perkhidmatan selama 2 jam sahaja dengan kadar VND200,000 seorang.
Pautan Kembara Berkaitan
01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 - Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 - Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay
No comments:
Post a Comment