Tarikh : 09 Mac 2019
Misi : Day 02: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh : 7H6M
Lokasi : Ngườm Ngao cave, Đàm Thuỷ, Trùng Khánh, Vietnam
Coordinate: N22.84566° E106.70570°
Google Maps: https://goo.gl/maps/J8LMkWPh5E2umrnc7
Antara tarikan lain sekitar Ban Gioc ialah sebuah gua yang dikatakan tercantik dan terbesar di wilayah Cao Bang. Terletak ± 3 km dari air terjun Ban Gioc dan mudah untuk diakses . Gua ini ialah Ngườm Ngao Cave atau tiger cave. Menurut Lagenda, nama gua ini diperolehi kerana ia pernah dihuni oleh ‘Pak Belang’ satu ketika dahulu dan ada juga yang mengatakan namanya berasal dari bunyi air terjun yang mengalir di dalam gua yang mirip dengan bunyi harimau.
Gua ini mula ditemui dalam tahun 1921 dan mula menjadi tarikan sekitar tahun 1996. Gua ini sepanjang 2,144m dan cuma dibuka sejauh 900 meter demi untuk menjaga keasliannya. Ia mempunyai rangkaian gua yang banyak dan mempunyai tiga pintu utama Nguom Ngao, Nguom Lom and Nguom Ban To. Di dalam gua itu terdapat koleksi stalaktit besar dan stalagmit yang membentuk struktur aneh yang unik yang mengambil masa berjuta-juta tahun untuk membentuk seperti keadaannya sekarang. Pelbagai bentuk imej seperti manusia, pokok, pari-pari yang menyikat rambut, teratai dan lain-lain lagi yang membuat pengunjung tersa kagum dan takjub. Contoh satu ruang yang digelar “quadrangular pillars of the heaven” dimana ia stalaktik telah mewujudkan 4 tiang batukapur dari lantai gua hingga ke siling. Terdapat banyak ‘chamber’ di dalam gua untuk pengunjung melawat dan kadang-kadang kita akan menemui sungai kecil di dalam gua dan bunyi aliran sungai yang menenangkan.
Keunikannya yang lain, dikatakan suhu di dalam gua sentiasa stabil sekitar 18◦ C hingga 25◦C walaupun cuaca diluar sejuk atau panas.
Diperkarangan gua terdapat parkir yang luas dan kemudahan seperti tandas, bangunan (dewan), gerai bahkan wifi percuma di pintu masuk. Bayaran masuk ialah VND 40,000 (seorang). Kami meletak motosikal di kawasan parkir dihadapan pondok tiket agar mudah dipantau oleh petugas. Kelihatan beberapa bas pelancong sedang parkir disitu. Selepas membeli tiket, kami berjalan masuk mengikuti jalan yang disediakan (path) yang diterangi oleh lampu. Perjalanan kami mengambil masa ± 40 minit. Cuma perlu berhati-hati dibeberapa tempat terutama dikawasan sungai kerana ia menjadi licin.
pelbagai bentuk
diterangi oleh cahaya di dalam gua ini
lantai menarik yang terbentuk
bagaikan tiang yang menungkat gua
BERSAMBUNG …
Pautan Kembara Berkaitan
01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 - Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 - Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay
No comments:
Post a Comment